Skip to main content

Gaya Hidup

Cuba elak nasi dan lauk pauk semasa sahur jika ingin rasa terus bertenaga

Esok umat Islam di seluruh dunia sudah mula berpuasa. Sepanjang Ramadan kita perlu menahan lapar dan dahaga untuk lebih kurang 13 jam bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Agar tubuh kita dapat terus sihat sepanjang hari, penting untuk memastikan ia kekal bertenaga.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Esok umat Islam di seluruh dunia sudah mula berpuasa. Sepanjang Ramadan kita perlu menahan lapar dan dahaga untuk lebih kurang 13 jam bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Agar tubuh kita dapat terus sihat sepanjang hari, penting untuk memastikan ia kekal bertenaga.

Usah malas bersahur kerana amalan bangun awal pagi untuk bersahur bukan sahaja dapat memberikan tenaga, tapi ia juga adalah antara amalan sunnah. Lantas, penting untuk berusaha bangun awal pagi dan makan sedikit agar perut dapat bertahan sepanjang sehari berpuasa.

Selain itu, penting juga untuk elak daripada makan pelbagai makanan bercampur aduk semasa sahur gara-gara khuatir perut akan rasa lapar kemudian. Yang penting, pastikan untuk alas perut secara sederhana dan minum air dengan secukupnya selain menikmati kurma yang dapat memberi tenaga tambahan sepanjang hari.

Terdapat sesetangah jenis makanan yang akan membuat anda rasa cepat lapar. Oleh itu, pastikan untuk tidak tersalah makan agar anda dapat kekalkan tenaga sepanjang berpuasa. Penting untuk memastikan pilihan diet yang sihat dan tepat.

Apa pun yang menjadi pilihan, cuba berusaha untuk bangun sahur pada setiap hari. Usah malas kerana ia tidak baik untuk kesihatan kerana perut akan menjadi kosong sepanjang lebih 12 jam.

Bukan itu sahaja, apabila tiba waktu berbuka nanti anda akan makan dengan cara berlebihan semasa dan ia boleh memudaratkan perut dan membuatnya rasa tidak selesa kemudian.

Tidak kira apa juga yang menjadi pilihan untuk bersahur, yang penting pastikan ia berkhasiat dan elak daripada makan keterlaluan atau bercampur aduk. Pilihlah sajian yang dapat membekalkan tenaga sepanjang hari selain berkhasiat.

ELAK 6 MAKANAN INI SEMASA SAHUR

Nasi

Gambar hiasan: Unsplash/Pillepriske

Nasi merupakan hidangan ruji atau sajian seharian yang digemari ramai tidak kira usia. Oleh itu tidak hairanlah jika ada yang memilih untuk bersahur dengan menikmati nasi dan lauk pauk. Jika perlu menikmatinya, pastikan untuk menghadkan saiz sajian nasi kerana ia mudah dicerna dan boleh menjadi sebab anda cepat kehilangan tenaga dan berasa cepat lapar.

Sajian pedas

(Gambar: Unsplash/emysong_)
Apabila ingin makan nasi bersama lauk pauk pada bulan Ramadan, ramai yang berselera untuk menikmatinya dengan gandingan lauk pedas. Tapi, cuba elak untuk makan lauk pauk yang terlalu pedas kerana ia boleh membuat perut anda sakit.

Ia boleh mengakibatkan risiko seperti cirit-birit atau pedih perut dan ulu hati dan ia juga boleh membuat anda rasa dehidrasi. Pada masa yang sama ia juga akan membuat anda rasa cepat haus. Jika menikmati lauk pauk yang pedas, pastikan ia diambil dalam kuantiti yang sederhana.

Garam
(Gambar: Unsplash/emsmith)
Elak dariapada menikmati sesuatu yang terlalu masin atau hidangan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi. Selalunya sajian masin boleh membuat tekak kering selain tingkatkan lagi rasa dahaga. Lantas ia akan membuat anda rasa cepat haus sepanjang berpuasa.

Selain itu kandungan garam yang tinggi dalam makanan juga boleh terdedah kepada risiko pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi dan serangan jantung. Cubalah untuk elak sajian masin atau makanan dalam tin semasa bersahur dan juga pada diet seharian anda.

Manisan
Gambar hiasan: Unsplash
Menurut satu kajian, makanan dan minuman yang tinggi dengan kandungan gula akan membekalkan kalori yang lebih tinggi tapi ia tidak dapat bertahan lama. Selalunya kehadiran gula dalam minuman dan makanan adalah dari jenis gula ringkas yang cepat menghasilkan tenaga tapi ia mudah habis dan tidak akan kekal sepanjang hari.

Oleh itu, penting untuk kurangkan sajian dan minuman yang tinggi dengan kandungan gula kerana ia juga dapat elakkan pelbagai masalah kesihatan, antaranya obesiti.

Sajian berlemak
(Gambar: Unsplash)
Cuba elak menikmati hidangan bergoreng dan makanan segera yang akan melambatkan proses pengosongan perut. Tapi, ini tidak bermakna anda juga akan rasa lambat lapar. Sebaliknya ia boleh mewujudkan masalaah sembelit. Selain itu sajian berlemak juga boleh membuat anda terkena cirit-birit, kesan dari sistem pencernaan yang terlalu cepat.

Minuman berkafein
(Gambar hiasan: iStock)
Bagi penggemar kopi, cuba untuk hadkan pengambilan minuman berkafein terutama pada waktu sahur. Jika perlu, ambil setengah atau secawan sahaja. Apa juga minuman berkafein dipecayai mempunyai sifat diuretik dan boleh dicerna lebih cepat.

Ia boleh membuat seseorang cepat hilang cecair dalam tubuh dan kerap kencing. Apabila berlakunya sedemikian, ia boleh membuat tubuh cepat kehilangan cecair selain mengalami dehidrasi dan rasa letih.

Akhir kata, apa juga pilihan hidangan atua menu bersahur anda, berusahalah untuk bangun awal dan menikmatinya secara sederhana. Pemilihan makanan yang seimbang, lengkap dan bersederhanaan ketika bersahur juga pasti dapat membantu anda untuk memulakan hari dengan penuh bertenaga.

Selamat berpuasa!
Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita