Cuaca panas di SG: Ubah rutin kecil ini untuk kekal sejuk & selesa
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan. (Gambar: Pexel)
SINGAPURA: Baru beberapa minit melangkah keluar dari rumah, peluh sudah mula membasahi dahi. Berjalan singkat ke stesen MRT, perhentian bas atau kedai berhampiran terasa lebih memenatkan daripada biasa, malah cukup untuk membuatkan tubuh mula terasa melekit.
Situasi yang sama turut dialami ketika memandu. Kenderaan yang diletakkan di kawasan terbuka mudah memerangkap haba, menyebabkan bahagian dalam kereta terasa bahang. Ada masanya juga, silau cahaya matahari juga boleh mengganggu penglihatan pemandu dan memberikan rasa kurang selesa walaupun kenderaan berhawa dingin.
Cuaca yang semakin panas dan tidak menentu sejak kebelakangan ini ternyata memberi kesan kepada rutin seharian. Bukan sahaja menjejas keselesaan, malah ia turut mempengaruhi cara kita bergerak, bekerja, berehat dan tidur. Daripada pelajar selain pekerja yang banyak berada di luar seperti penghantar makanan dan pekerja binaan hinggalah pengguna pengangkutan awam, hampir semua golongan merasai cabaran yang sama.

Bahang yang berpanjangan, termasuk pada waktu malam, menyebabkan ramai bergantung kepada kipas dan alat hawa dingin untuk memastikan kediaman kekal selesa. Namun, semakin kerap penghawa dingin digunakan, semakin tinggi juga penggunaan elektrik dan bil bulanan. Apatah lagi dengan kenaikkan tarif elektrik baharu yang diperkenalkan mulai bulan ini. Dengan itu, tidak hairanlah jika semakin ramai mula mencari cara untuk mengurangkan penggunaan tenaga tanpa mengorbankan keselesaan.
Sebenarnya, anda tidak perlu mengurangkan penggunaan penghawa dingin secara drastik. Dengan beberapa perubahan kecil dalam rutin harian serta cara menguruskan pengudaraan di rumah, suasana yang lebih dingin dan selesa masih boleh dinikmati.
KESAN PADA TUBUH
Cuaca panas sememangnya bukan sesuatu yang asing di Singapura. Namun sejak kebelakangan ini, bahangnya dirasakan semakin ketara. Selain badan lebih cepat berpeluh, ramai juga mengakui mereka lebih mudah letih, sukar memberi tumpuan dan cepat berasa lesu walaupun hanya menjalani rutin harian seperti biasa.

Ramai beranggapan suhu yang tinggi menjadi punca utama badan cepat letih. Sebenarnya, kelembapan udara juga memainkan peranan penting. Apabila udara lembap, peluh mengambil masa lebih lama untuk menyejat, menyebabkan tubuh bekerja lebih keras untuk menyejukkan dirinya.
Akibatnya, badan lebih cepat kehabisan tenaga walaupun hanya berjalan beberapa minit, contohnya dari stesen MRT ke tempat kerja atau sekolah. Aktiviti luar yang kebiasaannya mudah dilakukan juga boleh terasa lebih memenatkan.
Menjelang malam pula, bahang panas selalunya masih belum reda. Walaupun matahari sudah terbenam, udara kekal hangat sehingga ramai bergantung kepada kipas atau penghawa dingin untuk mendapatkan tidur yang lebih selesa.

Walaupun kita tidak dapat mengubah keadaan cuaca, beberapa langkah mudah boleh membantu mengurangkan kesan bahang panas terhadap tubuh. Antaranya ialah memastikan badan kekal hidrat, memilih pakaian yang sesuai dan menyesuaikan rutin harian mengikut keadaan cuaca.
PEMAKANAN UNTUK KEKAL HIDRAT
Ketika cuaca panas, antara perkara paling penting ialah memastikan badan mendapat cecair yang mencukupi supaya kekal hidrat. Jangan tunggu sehingga berasa dahaga kerana ketika itu badan sebenarnya sudah mula kehilangan banyak air.
Biasakan membawa botol air dan minum sedikit demi sedikit sepanjang hari, sama ada di tempat kerja, di sekolah atau ketika melakukan urusan di luar. Selain air kosong, pemilihan makanan yang sesuai juga membantu mengekalkan hidrasi badan.

Utamakan makanan yang tinggi kandungan air seperti jus tembikai, oren, timun dan tomato. Selain itu, sajian berkuah seperti sup selain yogurt rendah gula dan juga buah-buahan segar juga merupakan antara pilihan yang baik.
Bagi yang sering makan di luar, hidangan seperti yong tau foo bersup, sup ikan atau ayam panggang bersama sayur-sayuran bukan sahaja lebih ringan dan mengenyangkan, malah turut membantu mengekalkan hidrasi atau kelembapan tubuh. Pada masa yang sama, cuba elak makanan yang terlalu berminyak atau pedas kerana ia boleh membuatkan badan terasa lebih berat dan kurang selesa terutama pada cuaca panas.
Minuman seperti teh dan kopi ais, serta air bergas pula tidak semestinya perlu dielakkan sepenuhnya, tetapi sebaik-baiknya hadkan pengambilannya, terutama jika mengandungi kandungan gula yang tinggi. Anda boleh pilih minuman yang lebih menyegarkan seperti air kosong, air kelapa atau air barli kurang manis.

Untuk rasa yang lebih menyegarkan, tambahkan hirisan lemon, limau atau timun ke dalam air kosong. Cara mudah ini bukan sahaja menjadikan minuman lebih dingin, malah ia juga akan menggalakkan anda untuk minum air secukupnya sepanjang hari.
PILIHAN PAKAIAN DAN AKSESORI
Selain pemakanan, pemilihan pakaian dan aksesori seharian yang sesuai juga dapat membantu tubuh kekal selesa ketika cuaca panas. Fabrik seperti kapas atau linen menyerap peluh dengan baik dan memberikan pengudaraan yang lebih baik.
Pakaian yang longgar serta berwarna cerah pula kurang menyerap haba, manakala wanita berhijab juga boleh memilih tudung daripada fabrik yang ringan dan mudah bernafas.
Jika anda banyak menghabiskan masa di luar rumah, menggunakan aksesori seperti payung lipat, topi, kipas, cermin mata hitam dan tuala kecil serta tisu basah juga boleh membantu mengurangkan rasa panas pada kulit.

Bagi yang memandu, pelindung matahari pada cermin hadapan dengan menggunakan cermin mata hitam yang berkualiti juga dapat mengurangkan silau cahaya matahari serta membantu mengekalkan suhu yang lebih selesa di dalam kenderaan, terutama apabila kereta diletakkan di kawasan terbuka.
SESUAIKAN RUTIN HARIAN
Ternyata, beberapa penyesuaian kecil dalam rutin harian dapat membantu anda mengharungi cuaca panas dengan lebih selesa. Bagi ibu bapa, pastikan anak-anak membawa botol air ke sekolah, mengambil sarapan yang berkhasiat serta memilih buah-buahan sebagai snek sihat. Sekiranya perlu berjalan ke stesen MRT atau perhentian bas, gunakan laluan berbumbung jika ada tersedia.
Bagi yang bekerja pula, membawa bekal makanan ke tempat kerja dapat mengurangkan keperluan untuk keluar membeli makanan pada waktu tengah hari yang panas terik. Dan, bagi individu yang aktif bersukan, aktiviti seperti berjalan pantas, berlari-lari anak atau berbasikal boleh dilakukan pada awal pagi atau selepas matahari terbenam, iaitu ketika suhu lebih sejuk dan selesa.

Apa pun aktiviti anda, tanpa mengira usia, semua digalakkan untuk minum air secukupnya walaupun tidak berasa dahaga serta memastikan pengudaraan rumah sentiasa baik.
Jika perkerjaan anda perlu berada di luar pejabat, rehatlah secara berkala di kawasan berteduh, gunakan topi atau payung apabila perlu dan pastikan pengambilan air mencukupi sepanjang waktu bekerja.
5 CARA DAPATKAN KEDIAMAN DINGIN
Tidak kira bagaimana anda menghabiskan hari, pulang ke rumah selepas berdepan cuaca panas pastinya dapat memberikan keselesaan. Untuk memastikan kediaman anda kekal selesa, ia tidak semestinya bergantung sepenuhnya kepada penghawa dingin. Sebaliknya, beberapa langkah berikut juga boleh membantu mengurangkan bahang dan mengekalkan suasana yang lebih selesa di dalam rumah. Antaranya :
•Tutup langsir atau bidai ketika matahari sedang terik untuk mengurangkan haba yang memasuki rumah.
•Buka tingkap apabila cuaca mulai redup untuk membolehkan pengudaraan silang.
•Tetapkan suhu penghawa dingin sekitar 25 hingga 26 darjah Celcius dan gunakan bersama kipas bagi meningkatkan peredaran udara.
•Kurangkan penggunaan peralatan elektrik yang mengeluarkan haba pada waktu siang.
•Pastikan susunan perabot tidak menghalang aliran udara di dalam rumah.

DAPATKAN TIDUR BERMUTU
Akhir sekali, tidur yang terganggu akibat cuaca panas juga boleh menyebabkan badan mudah letih, sukar memberi tumpuan dan menjejaskan produktiviti pada keesokan harinya. Untuk mendapatkan tidur yang lebih selesa, mandi sebelum tidur didapati boleh membantu menurunkan suhu badan.
Cuba gunakan cadar dan sarung bantal daripada fabrik kapas, kurangkan penggunaan telefon bimbit atau gajet sebelum tidur dan pastikan bilik mempunyai pengudaraan yang baik sepanjang malam.

Menyesuaikan diri dengan cuaca panas tidak memerlukan perubahan yang besar. Dengan amalan mudah seperti kekal hidrat, memilih pakaian yang sesuai, mengurus pengudaraan di rumah dan mendapatkan rehat yang mencukupi, anda masih boleh menjalani aktiviti harian dengan selesa.
Sebagai sebuah negara tropika, cuaca panas merupakan sebahagian daripada kehidupan di Singapura. Walaupun kita tidak dapat mengubah keadaan cuaca, kita boleh menyesuaikan rutin harian agar kekal selesa, aktif dan sihat.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.