Crate & Barrel dan CB2 umum tutup cawangan di SG; tawar potongan harga
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Crate & Barrel
SINGAPURA: Kedai perabot popular Crate & Barrel mengumumkan pada Isnin (15 Mei) bahawa ia menutup cawangannya di Singapura.
Dengan memuat naik sebuah video hitam putih di halaman Instagramnya, jenama tersebut mengucapkan terima kasih kepada peminatnya di Singapura atas sokongan mereka selama 10 tahun sekali gus membuat pengumuman mengejut hari terakhirnya beroperasi di Singapura pada 31 Mei.
Crate & Barrel menggulung pengumuman tersebut dengan menyatakan bahawa ia akan menawarkan potongan harga sehingga 40 peratus bagi barangan teripilih sehingga hujung bulan ini.
Jenama tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan sebab ia menutup cawangannya di Singapura. Ia sebaliknya, menyatakan bahawa butiran lanjut akan diberi "dalam beberapa hari akan datang".
Selain itu, jenama CB2, yang khususnya menjual barangan hiasan, juga mengumumkan penutupan cawangannya di Singapura.
Seperti Crate & Barrel, CB2 turut akan beroperasi sehingga 31 Mei.
Kedai Crate & Barrel di Singapura yang dibuka pada 2013, dan mengisi ruang dua tingkat di ION Orchard.
Kedai tersebut juga merupakan cawangan pertama jenama itu di Asia.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.