COVID-19: Panduan dikemas kini mengenai pelitup muka
Setelah lebih setahun pandemik COVID-19 melanda, para pakar menasihatkan agar orang ramai meningkatkan perlindungan daripada jangkitan dengan menggunakan pelitup yang lebih baik.

(Gambar: Bernama)
SINGAPURA: Setelah lebih setahun pandemik COVID-19 melanda, para pakar menasihatkan agar orang ramai meningkatkan perlindungan daripada jangkitan dengan menggunakan pelitup yang lebih baik.
Berita baiknya adalah kini, terdapat bermacam-macam pilihan pelitup yang boleh didapati. Ini ringkasan jenis-jenis pelitup yang ada:
Pelitup N95
Pelitup N95 menyaring 95 peratus zarah 0.3 mikron, iaitu ukuran paling sukar untuk diperangkap. Namun ramai yang tidak memakai N95 dengan cara yang betul, menjadikannya kurang berkesan. N95 sukar ditemui, dan yang diciplak adalah perkara biasa. Elakkan N95 dengan injap pernafasan, yang menyebabkan kuman keluar dan merebak kepada orang lain.
KN95
KN95, yang dibuat di China, juga mendakwa boleh menyaring 95 peratus zarah yang sukar diperangkap. Ia mempunyai gelung telinga dan bukan tali kepala, jadi mungkin tidak dapat muat dengan begitu baik. Rantaian bekalan pelitup juga bergelut dengan masalah pelitup KN95 tiruan, yang keberkesanannya mungkin seakan pelitup kain.
KF94
KF94 adalah pilihan utama di kalangan pakar kesihatan kerana mutunya, kadar penapisan yang tinggi dan keselesaannya, dengan penutup atas dan bawah serta bahagian hidung yang boleh dibentuk. Lebih mudah untuk berbual dengan memakai KF94.
Pastikan anda memakai pelitup yang dibuat di Korea Selatan, di mana usaha kawalan mutu menyukarkan kemungkinan tiruan.
PELITUP PEMBEDAHAN
Pelitup pembedahan segi empat yang diperbuat daripada kain sintetik lipat yang mengembang agar sesuai dengan bentuk wajah.
Ia dapat memerangkap 60 hingga 80 peratus zarah di makmal, tetapi di dunia nyata, ruang di tepi pelitup menjadikan topeng pembedahan kurang berkesan. Anda boleh memperbaikinya dengan mengikat gelung telinga.
Kajian menunjukkan bahawa pelitup kain dua lapisan dengan lapisan ketiga bahan penapis adalah pelitup bukan perubatan yang terbaik. Namun kadar penapisan berbeza bergantung pada jenis fabrik. Letakkannya dekat dengan tingkap untuk melihat cahaya yang dapat tembus.
Petua pro: Tali yang diikat di keliling kepala menjadikannya lebih ketat berbanding gelung telinga.
MEMAKAI DUA PELITUP
Memakai dua pelitup sekaligus adalah cara mudah untuk memperbaiki pelitup kain yang dipakai. Pakai saja sebarang pelitup kain di atas pelitup jenis perubatan untuk membantu menutup celah di keliling pelitup dan menambahkan lapisan perlindungan.
Ingat, memakai sebarang pelitup muka adalah lebih baik daripada tidak memakai terus, pelitup terbaik adalah yang anda pakai secara konsisten.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.