Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Collab Asia, Mediacorp jalin kerjasama pelesenan kandungan baru

Mediacorp dan Collab Asia, sebuah studio kandungan digital dan rangkaian bakat di APAC, mengumumkan satu kerjasama pelesenan kandungan baru pada Rabu (1 Dis). 

Anggaran Waktu Membaca:
Collab Asia, Mediacorp jalin kerjasama pelesenan kandungan baru

Saluran-saluran pencipta kandungan, Freesia Made (kiri) dan Sumimi ASMR. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 03 Dec 2021 09:12PM Dikemas Kini : 03 Dec 2021 09:13PM

SINGAPURA: Mediacorp dan Collab Asia, sebuah studio kandungan digital dan rangkaian bakat di APAC, mengumumkan satu kerjasama pelesenan kandungan baru pada Rabu (1 Dis).

Kerjasama itu akan menyaksikan kandungan video daripada enam pencipta kandungan di bawah rangkaian pelbagai saluran Collab Asia ditambah ke dalam katalog kandungan ikut permintaan meWATCH.

Dilancarkan di meWATCH pada Rabu, saluran-saluran itu termasuk Freesiaa Made, Guru Fitness Kitchen, Sumimi ASMR, ASMR Shine, Cookmap dan Shmeksss. Sesetengah saluran itu mempunyai jumlah pengikut yang besar di Bilibili, iaitu sebuah laman perkongsian video China.

Dengan kerjasama itu, meWATCH bakal menyajikan 1,420 video baru bagi tatapan penonton yang baru kepada semua saluran tersebut, sekali gus memperluaskan jangkauan para pencipta kandungan berkenaan.

"Sebagai rakan kongsi media digital pertama untuk pencipta, jenama dan wadah media di Asia, kami gembira hubungan bersama Mediacorp mampu melengkapi kekuatan kami dalam membantu pencipta kandungan video mengembangkan pangkalan penonton serta mengukuhkan dan memperoleh pendapatan daripada kandungan mereka," kata Eugene Choi, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Collab Asia, Inc.

"Ini juga sebahagian daripada rancangan kami untuk membawa lebih ramai pencipta kami ke wadah-wadah lain. Ia satu hakikat bahawa orang ramai sedang mendapatkan lebih banyak kandungan dan mencipta lebih banyak kandungan berbanding sebelumnya di seluruh Asia," tambah beliau.

"Dengan populariti pempengaruh yang meningkat dalam ruang media digital, terdapat juga permintaan kukuh bagi video-video yang meliputi genre trend semasa seperti gaya hidup, perbuatan nakal dan ASMR," kata Encik Parminder Singh,vKetua Pegawai Komersil dan Digital Mediacorp.

"Kerjasama ini akan memperkaya kandungan segar lagi bertenaga di wadah kami, menyediakan penonton dengan lebih banyak pilihan serta hiburan," ungkapnya lanjut. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan