Skip to main content

Gaya Hidup

CNA rangkul 9 pengiktirafan di Anugerah w3 2025

CNA memenangi sembilan anugerah - lima emas dan empat perak - bagi kandungan, laman web dan aplikasinya di Anugerah w3 2025.

Anggaran Waktu Membaca:
CNA rangkul 9 pengiktirafan di Anugerah w3 2025

Kampus Mediacorp di One-North. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 02 Oct 2025 11:04PM Dikemas Kini : 03 Oct 2025 02:46AM
SINGAPURA: CNA memenangi sembilan anugerah - lima emas dan empat perak - bagi kandungan, laman web dan aplikasinya di Anugerah w3 2025.

Anugerah w3 meraikan kecemerlangan dalam laman web, pemasaran online, video web, laman mudah alih dan aplikasi, media sosial, podcast serta teknologi baharu yang dihasilkan pencipta kandungan digital di seluruh dunia.

Pemenang dipilih oleh 'Academy of Interactive and Visual Arts', sebuah badan yang menghimpunkan para karyawan terkemuka dalam bidang pemasaran digital dan industri kreatif.

CNA meraih lima anugerah bagi podcastnya, dengan 'CNA Correspondent', 'Destination Anywhere' dan 'Money Talks' memenangi emas, manakala 'Work It' serta rencana khas dua bahagian sempena ulang tahun ke-20 tsunami Lautan Hindi 2004 menerima perak.

CNA turut membawa pulang dua anugerah bagi video webnya emas untuk 'Living in the last Kampung in mainland Singapore' dan perak untuk “The ‘mushroom hunters’ helping to discover rare species of fungi in Singapore”.

Dua lagi anugerah, kedua-duanya perak, diberikan bagi laman web dan aplikasi CNA, serta siri video 'CNA Explains'.

Dua produk lain daripada syarikat induk CNA, Mediacorp, turut meraih anugerah.

Portal digital bahasa Cina Mediacorp, 8world.com, memenangi emas untuk video 'Lights, Explained: How do streetlights work in Singapore' dan perak untuk siri videonya sempena 100 tahun Koswe Johor-Singapura.

'CNA Correspondent' menampilkan perbualan antara hos Teresa Tang dan wartawan CNA, membincangkan isu-isu global yang mendesak.

'Destination Anywhere' merupakan podcast pelancongan dan budaya yang dihoskan Melanie Oliveiro, yang menghiburkan para pendengar dengan perjalanan di seluruh Singapura dan di luar negara.

Dihoskan Andrea Heng, 'Money Talks' memberi pandangan jelas dan mudah difahami mengenai kewangan peribadi, pengurusan wang serta trend ekonomi.

'Work It', podcast yang dihoskan Tiffany Ang dan Gerald Tan, menyediakan nasihat kerjaya praktikal dan strategi untuk menangani cabaran di tempat kerja.

'The Waves That Changed Us: Asian tsunami 20 years on' pula menyingkap semula pengalaman mangsa yang terselamat daripada bencana tersebut.

'Living in the last kampung in mainland Singapore' menceritakan kisah sebuah keluarga yang bertekad untuk mempertahankan Kampong Lorong Buangkok, manakala “The ‘mushroom hunters’ helping to discover rare species of fungi in Singapore” mengetengahkan bagaimana pencari cendawan membantu dalam mendokumentasi spesies kulat (fungi) di Singapura.

Siri 'CNA Explains' pula menghuraikan isu-isu rumit menerusi video-video ringkas.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita