Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

CNA lancar laman web diperbaharui; aplikasi baru dengan ciri menarik

 Tidak kira sama ada anda melayari CNA menggunakan telefon bimbit atau di komputer, anda mungkin perasan keterampilan laman dan aplikasinya yang lebih segar. 

Anggaran Waktu Membaca:
CNA lancar laman web diperbaharui; aplikasi baru dengan ciri menarik

CNA melancarkan aplikasi baru dengan ciri menarik pada 5 Ogos 2021. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 05 Aug 2021 12:40PM Dikemas Kini : 05 Aug 2021 12:43PM

SINGAPURA: Tidak kira sama ada anda melayari CNA menggunakan telefon bimbit atau di komputer, anda mungkin perasan keterampilan laman dan aplikasinya yang lebih segar.

Laman web CNA yang diperbaharui itu dilancarkan pada Khamis (5 Ogos) dengan memaparkan halaman utama yang lebih menarik perhatian. Dengan sekilas pandang, pembaca boleh mendapatkan berita terkini di Asia, Singapura dan seantero dunia.

Susun atur baru yang diperkenalkan itu sesuai bagi pembaca yang kesuntukan waktu dengan menunjukkan sekilas berita utama meliputi berita, komentar, 'CNA Insider' dan segmen gaya hidup.

Kini, ia juga menyediakan bahagian 'Discover' di mana pembaca boleh mendapatkan senarai pilihan berita oleh para editor. Ia adalah senarai yang dipilih merangkumi laporan, video serta program terbaik CNA.

Pembaca juga boleh menjangkakan lebih banyak rencana 'CNA Insider' yang menyelami isu-isu sosial serta rencana berbentuk penerangan. Ini di samping liputan dan program mengenai individu-individu luar biasa serta yang memberi inspirasi di Asia.

Terdapat juga pelbagai cerita yang dipilih berdasarkan citarasa anda di bahagian 'Discover'. Namun, jika anda tidak tahu di mana untuk bermula, tekan saja butang 'Surpise Me' untuk disajikan dengan cerita yang mungkin menarik minat anda.

Bagi mendapatkan pengalaman terbaik di laman dan aplikasi CNA, anda juga boleh berdaftar untuk menerima sentuhan lebih peribadi di ruang 'Discover'. Anda juga boleh menggunakan ciri tersebut untuk mengikuti wartawan kegemaran anda, mengenai topik-topik yang diminati serta menandakan rencana dan video untuk dibaca atau ditonton kemudian.

Kekuatan CNA selama ini terletak pada keupayaannya membantu pembaca dan penonton memahami perkembangan yang berlaku di rantau Asia, membentangkan sudut pandangan penduduk Asia mengenai peristiwa dunia serta melaporkan tentang Asia dengan pengetahuan yang mendalam.

Laman baru tersebut akan membawa semua itu selangkah lebih lanjut bagi cerita-cerita yang kompleks mengenai perkembangan jangka panjang, menawarkan diri yang dipanggil 'context snippets' atau sekilas kandungan untuk membantu anda memahami sesebuah isu serta merungkai apa yang akan berlaku seterusnya.

Ciri tersebut bertujuan membantu pembaca yang sibuk, malah mereka yang kurang faham mengenai sesuatu isu untuk mendapatkan maklumat dengan pantas.

Bagi mereka yang menggemarkan kandungan video CNA, lebih mudah kini bagi anda menonton rancangan kegemaran serta buletin berita. Sebuah bahagian baru dipanggil 'Watch' menghimpunkan semua penstriman langsung CNA selama 24 jam di bawah satu halaman. Ini meliputi semua dokumentari dan program popular CNA seperti Undercover Asia, Talking Point, On the Red Dot serta Into the Vault, antara lain, serta juga video-video terbaik dari 'CNA Insider' and segmen gaya hidup.

Namun, jika anda lebih memilih untuk mendengarkan kandungan terutamanya ketika sedang membuat perjalanan atau sibuk bertugas, anda boleh mengikuti podcast CNA seperti Heart of the Matter dan The Climate Conversations. Selain itu, anda juga boleh mendengarkan radio CNA938 secara langsung di bahagian 'Listen'.

Ciri-ciri 'Watch' dan 'Listen' lebih mudah dilayari melalui aplikasi baru CNA yang mempunyai jalan pintas menu di bahagian bawah skrin.

Anda boleh memuat turun aplikasi baru CNA di sini

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan