CNA boleh diikuti lebih 180 juta rumah dan peranti terkait
Anggaran Waktu Membaca:
- CNA, di bawah Mediacorp, telah meningkatkan liputan globalnya dua kali ganda dalam dua tahun dan kini boleh diakses oleh lebih 180 juta rumah serta peranti di seluruh dunia.
- CNA Originals kini tersedia di Eropah, Amerika Syarikat dan Kanada, dengan pelancaran rasmi di Berlin yang disertai oleh kakitangan diplomatik, penggubal dasar dan pemimpin perniagaan.
- Acara di Berlin menampilkan tayangan program, perbincangan panel dan aktiviti awam yang menarik ribuan orang, bertujuan memperluas pemahaman tentang Asia dan menawarkan maklumat berkualiti tinggi.
- Pihak seperti Walter Fernandez dan Lee Chong Hock menekankan kepentingan CNA dalam menyediakan perspektif mendalam tentang Asia, terutama dalam situasi geopolitik dan maklumat palsu yang semakin meningkat.
SINGAPURA: Liputan global CNA meningkat dua kali ganda dalam tempoh dua tahun dan kini tersedia kepada lebih 180 juta rumah dan peranti di seluruh dunia, dengan saluran CNA Originals berkembang ke Eropah.
CNA Originals menampilkan dokumentari berdurasi panjang premium dan program ehwal semasa, serta dua buletin berita utama – Asia Tonight dan East Asia Tonight.
Ia kini dapat ditonton para penduduk di seluruh Eropah, termasuk Jerman, Itali, Belanda, negara-negara Nordik dan United Kingdom. Ia juga dapat ditonton di Amerika Syarikat dan Kanada.
Penonton boleh mengakses kandungan di pelbagai platform, seperti Airtime, Amasian, Bolt+, Distro TV, Freeview, Rakuten TV, Serially, VIDAA dan Whale TV+.
Saluran itu menawarkan perspektif lebih mendalam kepada penonton global tentang transformasi politik, ekonomi dan sosial Asia, menurut Mediacorp, syarikat induk CNA, dalam siaran akhbar pada Ahad (8 Mac).
MERAIKAN PENCAPAIAN DI BERLIN
Rangkaian berita Asia itu meraikan pencapaian terbaharunya dengan acara dua hari di Berlin, yang menampilkan program daripada CNA Original.
Jerman merupakan pasaran ke-10 terbesar CNA dan tapak pelancaran ketiga CNA Originals sejak pelancarannya di Washington dan London sepanjang dua tahun lalu.
Pada 6 Mac, kira-kira 250 kakitangan diplomatik, penggubal dasar, ahli akademik dan pemimpin perniagaan menghadiri pameran eksklusif, hanya atas undangan, kata Mediacorp.
Sesi tersebut merangkumi perbincangan panel mengenai dua buletin berita CNA Originals, tayangan program hal ehwal semasa yang memenangi anugerah, Insight, dan perbincangan mengenai salah satu dokumentari terbaharunya - The Nuclear Option.
CNA dilancarkan dengan misi untuk membantu penonton "Memahami Asia" dengan lebih baik, kata ketua editor CNA, Walter Fernandez dalam ucapannya di pameran tersebut.
"Di tengah-tengah ketidaktentuan dan ketegangan geo-politik semasa, keupayaan untuk benar-benar 'Memahami Asia' adalah lebih penting berbanding sebelum ini bagi para pegawai yang membuat keputusan pemerintah di setiap peringkat," katanya.
Beliau berkata bahawa CNA sudah melabur dengan menugaskan wartawan dan membangunkan biro di seluruh Asia, dengan kira-kira 35 wartawan yang berpangkalan di 15 bandar utama Asia.
"Wartawan kami boleh menyampaikan laporan dan analisis yang bukan sahaja lebih mendalam, tetapi juga dengan pemahaman tentang peristiwa yang melangkaui apa yang dilihat," kata Encik Fernandez.
"Usaha 'Memahami Asia' memerlukan lebih daripada sekadar pangkalan data. Ia memerlukan fahaman mendalam, konteks, analisis, nuansa dan kefasihan budaya. Itulah kekuatan CNA di Asia," katanya.
Duta Singapura ke Jerman, Lee Chong Hock berkata ada minat semakin meningkat di Eropah sejak kebelakangan ini untuk lebih memahami Asia.
“Kami sangat gembira melihat CNA Originals berkembang lebih jauh ke Eropah,” kata Encik Lee.
“Saya fikir hari ini dunia penuh dengan maklumat, tetapi apa yang dikehendaki oleh orang ramai bukan sekadar maklumat, tetapi mereka mahukan maklumat yang terkini, boleh dipercayai dan bermutu tinggi, dan di sinilah CNA Originals dapat mengisi jurang tersebut.”
Encik Stig Orskov, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Penerbit Berita Dunia, menyuarakan pendapat yang sama dengan Encik Fernandez tentang kepentingan kerja CNA di tengah-tengah situasi geopolitik semasa.
“Sangat penting apa yang dilakukan oleh CNA buat masa ini dalam ketegangan geopolitik,” katanya. “Lebih penting daripada sebelumnya untuk mendapatkan perspektif yang pelbagai tentang dunia,” katanya.
RIBUAN ORANG MENGHADIRI ACARA AWAM CNA
Sehari selepas pameran eksklusif itu, hampir 3,000 orang menghadiri acara awam CNA di Mall of Berlin, di mana kandungan CNA Originals ditayangkan berturut-turut.
Para hadirin juga dapat merasai teh Asia dan menikmati persembahan tarian flash mob bertemakan Asia, sementara kanak-kanak mengambil bahagian dalam hiasan kipas.
"Dalam menghadapi peningkatan kempen maklumat palsu yang memecahbelahkan, adalah penting bagi orang ramai untuk mempunyai akses kepada sumber media yang diyakini," kata Encik Fernandez.
“Kami memulakan bab baharu ini dengan rasa rendah diri bahawa kepercayaan anda mesti diperolehi. Terima kasih kerana mengalu-alukan CNA ke Jerman, dan ke Eropah.”
Ditubuhkan pada tahun 1999, CNA ialah rangkaian yang berpangkalan di Singapura dengan kira-kira 50 wartawan di bandar-bandar utama Asia dan bandar-bandar utama Barat, termasuk New York, Washington DC, London dan Brussels.
Pengguna boleh mengakses kandungannya secara online, di televisyen dan radio serta melalui peranti bijak. Ia kini ditonton di 29 wilayah di seluruh Asia, dengan jejak satelitnya merentasi Timur Tengah dan Australia.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.