'Clay That Binds' usaha jalin semula hubungan bekas pesalah dengan anak
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA : Usaha menjalin semula ikatan dan mencipta memori bersama anak tersayang.
Itulah dilakukan sekumpulan bapa dan anak mereka pada hari Ahad (4 Feb).
Mereka melakukan kegiatan bersama yang cukup bermakna di bawah inisiatif 'Clay That Binds', sebuah usahasama tiga pihak: Ahmad Abu Bakar Studio, New Life Stories, dan Bapa Hebat SG.
Tugasannya adalah untuk kreatif membentuk sebuku tanah liat menjadi mangkuk kecil.
Setiap tembikar yang dihasilkan sangat istimewa buat tujuh pasangan bapa dan anak tersebut kerana direka sendiri dan dihias indah mengikut keupayaan kreatif masing-masing.
Mangkuk itu juga diisi pesanan atau luahan kasih, pemupuk hubungan di antara bapa dan anak.

"Klien-klien New Life Stories memang bapa-bapa yang merupakan bekas pesalah-pesalah dadah. Jadi mereka ingin memperbaiki perhubungan mereka dengan anak. Kami harap dengan mereka mengambil masa bersama, dalam dua, tiga jam ini, akan mencetuskan kenangan yang manis-manis. Mereka boleh berbual, mereka boleh bekerjasama untuk mempereratkan lagi, memperbaiki hubungan mereka," kongsi Pengasas Bersama, Bapa Hebat SG, Encik Jamsari Ahmad kepada wartawan Roslinda Rahmat.
Seniman Tembikar, Ahmad Abu Bakar dari Ahmad Abu Bakar Studio yang juga merupakan penaja kegiatan 'Clay that Binds' sulung itu menekankan keutamaan usaha ini.
"Mengeratkan lagi silaturrahim antara bapa dengan anak, yang agak mustahak dalam hidup. Dan ia juga memberi peluang untuk bapa dan anak memahami isi hati masing-masing, di mana bapa perlu beralah ataupun anak perlu mengalah, dan itu komunikasi," kata beliau.

INSPIRASI DARIPADA BENTUK TANAH LIAT
Sifat tanah liat yang lembut dan mudah dibentuk diharap menjadi lambang kekuatan dan daya tahan berterusan.
"Matlamat acara ini adalah untuk mengukuhkan perhubungan di antara bapa dengan anak, supaya pada masa hadapan, mereka akan ingat dan akan mengenang apa kegiatan dan cabaran yang telah mereka lakukan bersama-sama," kongsi Pekerja Sosial Keluarga dari New Life Stories, Jeremy Roy.
Peluang melakukan aktiviti tersebut dihargai peserta, Hamzah Mohd Ariff yang mengambil bahagian berama anak perempuannya.

"Kalau anak saya tidak pasti sewaktu membuat mangkuk dari tanah liat ini, dia akan perhatikan saya. Jadi dari situ kami berkomunikasi dengan satu sama lain, 'Oh macam ini, picitnya macam itu'. Jadi daripada situ boleh nampak lah anak saya ceria macam mana hendak belajar buat tanah liat ini, walaupun di rumah dia bermain Play-Doh, main 'plasticine', tetapi tidak sama dengan teknik apa yang dia belajar di sini," kata beliau kepada BERITA Mediacorp.
Bapa Hebat SG sudahpun merancang untuk menganjurkan satu lagi acara serupa pada masa hadapan.
New Life Stories pula sedang teroka menganjurkan 'Clay That Binds'^ untuk pasangan ibu dan anak pula.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.