Skip to main content

Gaya Hidup

Ciri Tap to Pay Apple kini tersedia melalui iPhone menerusi 6 platform pembayaran di SG

Tepat dengan masanya untuk musim membeli-belah hujung tahun, syarikat-syarikat di Singapura kini boleh menerima pembayaran tanpa sentuh menggunakan hanya iPhone dan aplikasi yang disokong, menyusuli pelancaran Tap to Pay di iPhone, menurut Apple dalam satu kenyataan media pada Selasa (2 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
Ciri Tap to Pay Apple kini tersedia melalui iPhone menerusi 6 platform pembayaran di SG
Ciri Tap to Pay Apple kini tersedia melalui iPhone. (Gambar: iStock/ Chong Kee Siong)
SINGAPURA: Tepat dengan masanya untuk musim membeli-belah hujung tahun, syarikat-syarikat di Singapura kini boleh menerima pembayaran tanpa sentuh menggunakan hanya iPhone dan aplikasi yang disokong, menyusuli pelancaran Tap to Pay di iPhone, menurut Apple dalam satu kenyataan media pada Selasa (2 Dis).

Perkhidmatan itu membolehkan para peniaga menerima pembayaran tanpa sentuh daripada kad kredit dan debit, Apple Pay dan dompet digital lain menerusi aplikasi iOS yang serasi tanpa perlukan hadwe tambahan atau terminal pembayaran.

Namun, peranti yang digunakan haruslah iPhone Xs atau versi seterusnya yang menggunakan versi iOS terkini.

Ciri itu kini ditawarkan melalui enam platform pembayaran - Adyen, Fiuu, HitPay, Revolut, Stripe dan Zoho - yang merupakan yang pertama di Singapura yang menyokong ciri Tap to Pay di iPhone.

Grab dijangka menawarkan ciri tersebut pada awal 2026, menurut Apple.

Ciri Tap to Pay di iPhone menggunakan teknologi komunikasi jarak dekat (NFC) untuk melakukan urus niaga dan menyokong pembayaran daripada rangkaian utama seperti American Express, JCB, Mastercard, UnionPay dan Visa.

Apple menyatakan dalam kenyataan medianya bahawa urus niaga dibuat menerusi khidmat itu disulitkan dan diproses melalui platform Secure Element miliknya.

Syarikat itu juga menyatakan ia tidak menyimpan nombor kad atau maklumat urus niaga dan tidak boleh mengenal pasti siapa yang membuat pembelian atau apa yang dibeli.

Ciri-ciri itu dilancarkan dengan kerjasama platform pembayaran, pembangun aplikasi dan rangkaian pembayaran untuk menyokong semua saiz perniagaan, daripada peniaga kecil hingga rangkaian restoran.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita