Skip to main content

Gaya Hidup

Cinnabon gulung tikar di SG; cawangan terakhir tutup 22 Sep

Rangkaian kedai roti gulung kayu manis (cinnamon roll) dari Amerika Syarikat, Cinnabon, akan menutup cawangan terakhirnya di Singapura di Ion Orchard pada 22 Sep, sekali gus menamatkan tempoh operasi terbaharu jenama itu di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Cinnabon gulung tikar di SG; cawangan terakhir tutup 22 Sep

Cinnabon akan menutup cawangan terakhirnya di Singapura, yang terletak di Ion Orchard, pada 22 Sep. (Gambar: Google/CC, Instagram/@cinnabon)

Diterbitkan : 09 Sep 2026 05:38PM
  • Cinnabon, rangkaian kedai roti gulung kayu manis dari Amerika Syarikat, akan menutup cawangan terakhirnya di Ion Orchard, Singapura pada 22 September.
  • Pengumuman penutupan dibuat melalui Instagram pada 8 September, menandakan berakhirnya operasi jenama itu di negara ini.
  • Cinnabon sebelum ini kembali ke Singapura pada Februari 2023 dengan membuka beberapa cawangan, namun cawangan di Raffles City dan Jewel Changi telah ditutup lebih awal.
  • Penutupan ini berlaku di tengah-tengah trend beberapa perniagaan pencuci mulut lain yang turut menamatkan operasi di Singapura baru-baru ini.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Rangkaian kedai roti gulung kayu manis (cinnamon roll) dari Amerika Syarikat, Cinnabon, akan menutup cawangan terakhirnya di Singapura di Ion Orchard pada 22 Sep, sekali gus menamatkan tempoh operasi terbaharu jenama itu di negara ini.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi catatan Instagram pada Selasa (8 Sep).

"Daripada 'Bon' pertama kami sehinggalah kepada banyak lagi yang menyusul, anda telah menjadikan Cinnabon sebahagian daripada saat mengidam, pertemuan, sambutan dan detik seharian anda. Kini, tiba masanya untuk menikmati 'Bon' terakhir bersama-sama," menurut catatan itu.

"Kepada semua yang pernah mengunjungi (cawangan kami), menikmati 'Bon' bersama kami dan memberikan sokongan sepanjang perjalanan ini - terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kami."

Cawangan Cinnabon di Ion Orchard kini merupakan satu-satunya lokasi jenama itu yang masih disenaraikan di Singapura.

Menurut laman Cinnabon, kedai tersebut terletak di tingkat B4 Ion Orchard, manakala cawangan terdahulu di Raffles City Shopping Centre dan Jewel Lapangan Terbang Changi sudah ditutup.

Rangkaian kedai roti Amerika Syarikat yang terkenal dengan roti gulung kayu manis dan bersalut krim keju itu pernah beroperasi di Singapura sebelum meninggalkan pasaran negara ini pada 2002.

Cinnabon kembali ke Singapura pada Februari 2023 dengan membuka cawangan di Raffles City Shopping Centre, sebelum disusuli cawangan di Jewel Lapangan Terbang Changi dan Ion Orchard.

Beberapa perniagaan pencuci mulut di Singapura turut mengumumkan penutupan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Mediacorp sudah menghubungi Cinnabon Singapore untuk mendapatkan komen.
Sumber : CNA/NU/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita