Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Chicken McCrispy tawaran tetap McDonald’s mulai 1 Jul

Rangkaian makanan segera McDonald’s sebelum ini pernah menawarkan ayam goreng dalam menunya dari 1998 hingga 2022. Dipanggil Chicken McCrispy, ia mencetuskan persaingan hebat dengan KFC sebelum ia tiba-tiba hilang daripada menu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Chicken McCrispy tawaran tetap McDonald’s mulai 1 Jul

(Gambar-gambar: McDonald’s Singapore/ Lazada/ Yip Jieying menerusi TODAY)

Diterbitkan : 01 Jul 2021 12:04PM Dikemas Kini : 01 Jul 2021 12:05PM

SINGAPURA: Rangkaian makanan segera McDonald’s sebelum ini pernah menawarkan ayam goreng dalam menunya dari 1998 hingga 2022. Dipanggil Chicken McCrispy, ia mencetuskan persaingan hebat dengan KFC sebelum ia tiba-tiba hilang daripada menu.

Ayam itu sangat digemari ramai kerana kulitnya yang garing dan isinya lembut, dicapai dengan mengukus ayam yang sudah diperap rempah ratus sebelum menggorengnya.

Pada November lalu, McCrispy membuat kemunculannya semula di McDonald’s selepas 'menghilang' selama 18 tahun. Ia dilancarkan hanya di 10 cawangan restoran itu, sekali gus mencetuskan barisan beratur yang panjang di sesetengah cawangan.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, seorang wakil McDonald’s berkata edisi terhad McCrispy ketika itu adalah satu ujian untuk membolehkan rantaian tersebut mengumpulkan maklum balas daripada pelanggan.

Ternyata, memang benar McDonald’s sedang menguji permintaan terhadap Chicken McCrispy dan pada Selasa (29 Jun), ia mengumumkan ayam goreng itu akan menjadi makanan tetap dalam menunya mulai 1 Julai 2021.

McCrispy boleh dibeli dalam bakul a la carte atau sebagai hidangan set dengan gandingan kentang goreng serta minuman - berharga antara S$8.40 hingga lebih S$21.50.

Bukan itu sahaja, sebagai promosi pelancaran pada seluruh bulan Julai, McDonald's juga menjual baucar menerusi kedai LazMall di Lazada untuk 'Chicken McCrispy value bundle'. Setiap baucar berharga S$20.50 (harga asal S$21.50) dan ia membolehkan pelanggan menebus 'bundle' itu melalui aplikasi My McDonald’s di mana-mana cawangan yang menawarkan McCrispy.

Pada 6 Julai, McDonald’s juga akan menawarkan baucar S$7.40 bagi hidangan 'McCrispy Extra Value Meal' (harga asal S$8.40). Baucar ini disediakan hanya untuk 24 jam.

Terdapat juga barangan Chicken McCrispy edisi terhad di Lazada termasuk bantal paha ayam dalam bakul yang besar dan kemeja-T cokelat dengan cetakan McCrispy berwarna kuning.

Butiran pemberian percuma bagi barangan bukan untuk jualan akan didedahkan kemudian di saluran berikut:

● Penstriman live 'KTHXBUY Weekly Bazaar' Lazada (melalui LazLive) pada 6 Julai, 8.00 malam.

● Facebook dan Instagram Lazada pada 6 Julai.

'Chicken McCrispy' disediakan mulai 1 Julai, selepas waktu sarapan di semua cawangan McDonald's kecuali Shell Tampines, Shell Hougang, Shell Havelock, Clementi Avenue 3, Parklane dan Tampines Kiosk. Penghantaran melalui McDelivery, GrabFood dan Foodpanda. 

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan