Chef Wan saran kerajaan Malaysia tubuh institusi warisan masakan Melayu
Kerajaan Malaysia disaran menubuhkan sebuah institusi yang menghimpunkan pakar masakan warisan Melayu dan masakan jalanan dari seluruh negara bagi membimbing generasi muda dalam bidang kulinari.
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
KEPALA BATAS: Kerajaan Malaysia disaran menubuhkan sebuah institusi yang menghimpunkan pakar masakan warisan Melayu dan masakan jalanan dari seluruh negara bagi membimbing generasi muda dalam bidang kulinari.
Cadangan itu disuarakan oleh tukang masak selebriti, Redzuawan Ismail atau Chef Wan, bagi memastikan resipi turun-temurun tidak pupus dan terus diwarisi, seperti dilapor Astro Awani.
Menurut Chef Wan, kualiti makanan warisan yang dijual di jalanan ketika ini dilihat semakin merosot dan perkara itu perlu diberi perhatian serius.
“Memasak bukan sekadar masak sahaja, ia perlu disertai sajian berkualiti dan sedap, khususnya untuk masyarakat dan pelancong,” katanya seperti dilapor Astro Awani.
Beliau menegaskan, usaha itu penting untuk memperkukuh sektor pelancongan negara.
"Kalau kita mahu tingkatkan pelancongan, kita perlu ada sesuatu yang boleh dibanggakan. Bukan sekadar hotel dan servis, tetapi makanan jalanan juga mesti ditingkatkan.
"Kerajaan perlu main peranan. Malaysia ada ramai chef berbakat, tetapi mereka tidak kekal selamanya. Bila kami tiada, resipi ini akan hilang. Sebab itu saya buka restoran ini, supaya resipi daripada tok nenek kita dapat diwarisi,” katanya.
Sehubungan itu, Chef Wan berharap Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta pihak berkaitan dapat bekerjasama merealisasikan hasrat menghimpunkan chef berpengalaman dan mendokumentasikan resipi warisan.
“Saya belum nampak pihak yang datang dan kata, ‘kami berminat, mari duduk berbincang, bawa semua chef berbakat, kumpulkan resipi dan wujudkan sekolah untuk melatih mereka.’
"Ramai makcik buat kuih tidak turunkan resipi. Anak-anak sudah tidak minat. Bila mereka tiada, resipi pun hilang. Ini yang saya risau,” Chef Wan menyuarakan kebimbangannya.
Chef Wan berkata demikian selepas melancarkan Cafe Chef Wan cawangan pertama di Wilayah Utara, bertempat di Bertam Resort & Waterpark
pada Ahad (7 Dis).
Pembukaan kafe yang menawarkan pelbagai sajian warisan termasuk resipi peninggalan ibu Chef Wan adalah langkah strategik untuk memartabatkan masakan Melayu, khususnya di utara tanah air, seperti dinukil Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/HA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.