Chef SG, penerima anugerah Michelin, Reif Othman, cipta nama di Dubai
Makanan sentiasa menjadi nadi kehidupan Encik Reif Othman.
Anggaran Waktu Membaca:
Chef Reif Othman. (Gambar: CNA/Aik Chen)
SINGAPURA: Makanan sentiasa menjadi nadi kehidupan Encik Reif Othman. Chef kelahiran Singapura itu membesar dengan melihat ibunya menguruskan sebuah gerai nasi padang, dan setiap Ahad, “beliau akan mengheret saya ke pasar basah,” kenangnya dengan penuh mesra.
“Begitulah saya jatuh cinta dengan makanan. Ibu saya akan beli ikan kembung yang sederhana dan bila kami pulang, ia akan bertukar menjadi dua hidangan yang berbeza sama sekali. Untuk makan tengah hari, ia digoreng, manakala untuk makan malam, ia bertukar menjadi hidangan lain dengan sepenuhnya,” kata Encik Reif, matanya bercahaya sedang beliau mengimbau kembali kenangan itu.
Ketika di bangku sekolah, Encik Reif membantu ibunya di gerai, melayan para pelanggan dan menyajikan makanan. Apa yang meninggalkan kesan paling mendalam adalah kepantasan dan kepakaran ibunya: “Dia boleh masak 36 hidangan dalam masa tiga jam sahaja dengan hanya dua dapur gas. Memang luar biasa!” kata beliau. Perkara lain yang menarik perhatiannya ialah suasana yang meriah, di mana sekumpulan wanita berbual dengan gembira, tanpa wajah yang masam.
Pengalaman awal inilah yang menjadi pencetus kerjayanya. Setelah berpindah ke Dubai pada 2005, Encik Reif bekerja di beberapa dapur ternama, termasuk Al Mahara di Burj Al Arab dan sebuah restoran mewah yang terkenal, Zuma. Beliau kemudian mencipta nama dalam dunia kulinari Dubai dengan melancarkan konsepnya sendiri, termasuk Reif Japanese Kushiyaki, sebuah restoran premium kasual, yang berjaya menempah tempat dalam panduan Michelin berprestij.
September ini, perjalanan Encik Reif kembali ke titik asalnya apabila beliau membawa konsep kegemaran ramai itu ke Singapura buat pertama kali. Dianjurkan sebagai sebuah 'pop-up' selama sebulan di Conrad Singapore Marina Bay, acara itu memberi peluang kepada para tetamu untuk menikmati sentuhan unik masakan Jepun Encik Reif.
BERMULA DARI BAWAH
Kemahiran kulinari Encik Reif diasah sepenuhnya melalui pengalaman. Pendedahan pertamanya dalam dunia masakan profesional berlaku ketika beliau berusia 16 tahun, apabila beliau bekerja sambilan sebagai seorang chef pizza di sebuah restoran Itali. “Saya tidak dilahirkan dalam keluarga yang berada, jadi saya perlu berusaha keras untuk naik,” kongsinya. “Saya juga agak nakal, bergaul dengan rakan yang salah dan tidak cemerlang dalam pelajaran.”

Ketua chef restoran Itali itulah yang akhirnya memberi kesedaran kepada Encik Reif. “Dia berkata, ‘Awak budak baik dan boleh jadi chef yang bagus. Mengapa sia-siakan masa?’ Saat itulah saya putuskan untuk berhenti bergaul dengan orang yang salah dan fokus dalam membina kerjaya.”
Apa yang benar-benar mengukuhkan rasa cintanya pada masakan ialah apabila beliau diminta untuk menghasilkan “sesuatu yang luar biasa” untuk seorang pelanggan tetap – satu pizza unik di luar menu. Pelanggan itu menyukai ciptaannya, dan pada ketika itulah beliau sedar apa yang mendorongnya ialah kebahagian apabila melihat pelanggan yang puas dan gembira.
Selepas tamat Khidmat Negara, Encik Reif sempat bekerja sebagai seorang broker kewangan tetapi akhirnya kembali ke dapur. Antara mentornya termasuk chef terkenal seperti David Mollicone dari Raffles Grill dan tokoh kulinari Peranakan, Violet Oon. Encik Reif tertarik pada masakan Peranakan kerana persamaannya dengan nasi padang, dan menganggap Cik Oon sebagai guru yang bukan sahaja mengasah kemahirannya, tetapi juga membentuk ketahanan dan kekuatan peribadinya.
PENGALAMAN GLOBAL DAN KEJAYAAN DI DUBAI
Kerana mendahagakan pengalaman, Encik Reif meninggalkan Singapura untuk bekerja di Eropah bagi mendalami ilmu tentang makanan dan bahan-bahan ramuan. Namun sebagai seorang yang beragama Islam, beliau menghadapi cabaran tersendiri di dapur-dapur Eropah, di mana daging dan lemak babi banyak digunakan.
“Banyak hidangan berada di luar batas bagi apa yang boleh saya rasa atau masak,” jelasnya. Walaupun rakan sekerjanya memahami dan menghormati keadaan tersebut, “saya selalu rasa seolah-olah tidak komited dengan sepenuhnya,” kongsi beliau.
Penghuraian kepada masalah tersebut tiba apabila beliau meraih peluang di Burj Al Arab yang ikonik di Dubai. Di kota Muslim itu, restoran hanya boleh menghidangkan daging babi selepas mendapatkan lesen khas, dengan peraturan yang ketat di mana ia mesti disimpan, disediakan dan dimasak secara berasingan. Ini membolehkannya bekerja tanpa menjejaskan pegangan kepercayaannya, sambil berkhidmat pada tahap tertinggi dalam dunia kulinari mewah.
MEMBINA HALUAN SENDIRI
Akhirnya, Encik Reif meninggalkan Zuma untuk membuka perniagaannya sendiri. Melihat trend beralih daripada "fine dining" kepada premium kasual, beliau melancarkan restoran yang dibiayainya sendiri, Reif Japanese Kushiyaki, pada 2019. Restoran itu menawarkan sentuhan moden bagi masakan jalanan Jepun, dengan tumpuan pada daging cucuk panggang, sushi, ramen, gyoza, sando dan banyak lagi. Kini, restoran tersebut mempunyai tiga cawangan di Dubai serta dua francais di Mesir.
Seiring masa, Encik Reif yang berfikiran perniagaan berkembang menjadi seorang pengusaha restoran, membina portfolio kulinari pelbagai konsep. Ini termasuk restoran barbeku Korea yang unik, Hoe Lee Kow, dan TERO (The Experience by Reif Othman) – pengalaman meja chef ala omakase dengan tema yang berubah-ubah setiap beberapa bulan. TERO juga menjadi wadah bagi beliau untuk meluahkan kreativiti dengan sepenuhnya. Adakalanya Encik Reif turut merujuk kepada asal Singapuranya dengan menyediakan versi nasi lemak, ayam penyet dan mi siam yang ditampilkan semula menggunakan bahan premium. Beliau baru-baru ini turut memperkenalkan konsep terbaharu di Dubai – sebuah bar handroll Jepun, Yubi.
SATU LEGASI
Bakat Encik Reif sudah pun diberikan beberapa pengiktirafan, termasuk penghormatan Michelin Bib Gourmand untuk Reif Japanese Kushiyaki dan Hoe Lee Kow. Pada 2022, beliau turut menerima anugerah Chef’s Choice di Timur Tengah and Afrika Utara bagi 50 Restoran Terbaik.
Namun, Encik Reif menekankan bahawa pemberian anugerah bukanlah pendorong utamanya. “Apabila saya buka restoran, ia bukan untuk Michelin atau '50 Best'. Saya lakukannya kerana ia waktu yang tepat untuk mencapai sesuatu dalam hidup saya, satu legasi buat anak-anak saya dan juga para chef yang bekerja bersama saya,” kata bapa kepada dua anak itu.
KEPULANGAN SEORANG CHEF
September ini, Reif Japanese Kushiyaki membuat penampilan sulungnya di Singapura melalui sebuah acara 'pop-up' selama sebulan bersama Conrad Singapore Marina Bay, menandakan kali pertama Encik Reif membawa konsepnya kembali ke tanah air. “Pop-up ini merupakan peluang untuk saya tunjukkan kepada rakyat Singapura apa yang sudah saya lakukan di Dubai,” kata beliau.

Berlangsung hingga 30 September, para tetamu boleh menikmati hidangan ikonik yang menjadikan Reif Japanese Kushiyaki kegemaran ramai di Timur Tengah. Selain makanan cucuk yang dipanggang menggunakan arang, antara menu yang menjadi tumpuan termasuk Wagyu Katsu Sando dengan daging wagyu empuk yang diapit roti susu gebu bersama sos mayo mustard; Hand Grab Wagyu yang mengasyikkan, di mana para pengunjung menggunakan rumpai laut untuk “menggenggam” daging; Mushroom Donabe Rice yang sarat dengan rasa umami; dan Tiramisu Boba – pencuci mulut klasik dengan sentuhan unik yang menggunakan bebola tapioka kenyal.
Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.