Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Chanel jadi kegilaan pasaran jualan semula barang mewah di Korea Selatan dek sekatan sempadan COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Chanel jadi kegilaan pasaran jualan semula barang mewah di Korea Selatan dek sekatan sempadan COVID-19

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 18 Mar 2022 11:59PM Dikemas Kini : 19 Mar 2022 12:03AM

SEOUL: Langkah kawalan sempadan yang ketat dek COVID-19 menjejas rancangan ramai orang untuk melancong ke luar negara, sekali gus membeli-belah di kedai bebas cukai di lapangan terbang. Keadaan itu mendorong keinginan dan permintaan penduduk Korea Selatan untuk memiliki produk berjenama mewah.

Bahkan jenama Chanel menyaksikan barangannya dijual semula dengan meraih untung sekurang-kurangnya 20 peratus. 

Bagi mencegah keadaan tersebut, syarikat fesyen dan jenama mewah dari Perancis itu mula memeriksa pelanggan yang dipercayai membeli secara borong semata-mata untuk menjual barangan pada harga yang lebih tinggi di pasaran jualan semula, katanya kepada Reuters.

"Sejak langkah ini dilaksanakan, jumlah pelanggan di butik-butik kami turun sebanyak 30 peratus," menurut Chanel dalam satu kenyataan. 

Strategi itu dilaksakanakan sejak Julai tahun lalu menyusuli meningkatnya permintaan sejagat bagi barangan mewah susulan  pandemik COVID-19 paling teruk  tahun lalu. Korea Selatan merupakan pasaran barangan mewah ketujuh terbesar di dunia, menurut Euromonitor. 

Namun, bekalan produk jenama seperti Chanel dikawal dengan ketat untuk mengekalkan sifat eksklusifnya dan daya tarikan kepada jenama itu. Ia juga tidak dijual secara online selain untuk barangan kosmetik, minyak wangi dan beberapa aksesori. 

Ternyata strategi sebegitu berjaya menarik permintaan yang teramat tinggi di Korea Selatan. Di Seoul, ramai yang sanggup beratur sebelum waktu subuh di luar kedai-kedai serbaneka sambil bersiap sedia untuk berlari masuk sewaktu pintu Chanel dibuka. 

"Saya tiba pada pukul 5.30 pagi untuk beratur dan saya diberitahu bahawa sudah ada lebih 30 orang di depan saya," kata seorang pembeli  kepada wartawan Reuters. Pembeli yang tidak mahu identitinya didedahkan, berkata apabila beliau memasuki kedai itu hampir 10 jam selepas itu, produk yang beliau inginkan sudah habis dijual.

Sejajar dengan langkah untuk mencegah pembelian borong, Chanel menyatakan ia sudah menguatkuasakan "sistem beratur". Pembeli diminta untuk memberikan nombor telefon dan sebab mereka ingin masuk ke butik tersebut sebelum diberitahu masa mereka boleh berbuat demikian menerusi kiriman SMS. 

Pakar dan pelanggan jenama mempunyai pendapat berbeza tentang kesan aturan pembelian Chanel yang baru. 

"Pelanggan dengan relanya melakukan iklan percuma untuk Chanel dengan beratur di luar butik, berlari selepas butik dibuka dan memuat naik pengalaman mereka di media sosial," menurut Lee Eun Hee, seorang profesor sains pengguna di Universiti Inha. 

"Saya rasa segala yang berlaku membantu Chanel memikat golongan pelanggan yang lebih muda dan memperoleh keuntungan yang banyak." 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa