Cendol santan kelapa sawit ‘laku keras’ di Kluang
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KLUANG: Lazimnya, bahan utama untuk menghasilkan cendol ialah santan kelapa, tetapi seorang peniaga yang sudah enam tahun bertapak di tepian Sungai Mengkibol Kluang menampilkan keunikan tersendiri apabila menghasilkan cendol menggunakan santan daripada kelapa sawit.
Yakob Halil, 66 tahun, berkata resipi pencuci mulut ciptaannya sendiri itu mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat sehingga mampu menjual lebih tujuh kilogram cendol sehari.
“Semua bahan untuk membuat cendol ini saya dan keluarga sediakan sendiri kecuali santan kelapa sawit yang diperoleh daripada pembekal dari Pasar Awam Kluang,” kata pesara Telekom Malaysia itu kepada Bernama pada Ahad (6 Nov).
Encik Yakob berkata penggunaan santan kelapa sawit sememangnya memberi kelainan dari segi rasa yang lebih sedap selain tidak mempunyai rasa tengik seperti kebiasaan santan kelapa.
“Santan kelapa sawit ini mampu bertahan lebih lama dan tidak cepat basi manakala dari segi harga pula, ia lebih murah berbanding santan kelapa,” kata bapa kepada tujuh anak itu.
Menurut Encik Yakob, penggunaan santan kelapa sawit itu bukanlah untuk menghentikan kebergantungan terhadap santan kelapa yang digunakan sejak dahulu lagi, tetapi untuk mempelbagaikan pilihan kepada pelanggan.
“Pelbagai makanan lain boleh disajikan menggunakan santan kelapa sawit termasuk nasi lemak, dodol, rendang dan kari,” katanya.
Inisiatif yang dilakukan Encik Yakob itu selari dengan saranan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang mencadangkan agar pengguna di negara itu beralih kepada penggunaan santan kelapa sawit sebagai alternatif meningkatkan penggunaan bahan mentah sawit di Malaysia.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.