Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Cef Mel suntik daya kreatif, nafas baharu kepada restoran pernah jadi tempat kuarantin COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Cef Mel suntik daya kreatif, nafas baharu kepada restoran pernah jadi tempat kuarantin COVID-19

Geprek Hot Wings antara hidangan yang menerima sentuhan unik Cef Mel Dean di Jubilicious. (Gambar: Che

SINGAPURA: Pernah dijadikan lokasi bagi menempatkan para individu yang positif COVID-19 untuk menjalani Perintah Kuarantin (QO), Hotel Boss yang terletak antara Stesen MRT Lavender dan Bugis ketika itu sunyi daripada sebarang kegiatan perniagaan.

Sekitar tiga tahun kemudian, hotel tersebut kian pulih daripada 'kegenjotan' itu dan kini semakin menarik pelancong sebagai tempat penginapan serta pelanggan tempatan ke restorannya itu.

Yang pasti, restoran Jubilicious yang terletak di tingkat empat hotel itu kini ibarat diberi nafas baharu, bukan sahaja disebabkan perniagaan yang bertambah maju, malah menu restoran itu turut dirombak dengan sentuhan kreatif cef selebriti, Cef Mel Dean, bagi meningkatkan mutu hidangannya.

(Gambar: Cef Mel Dean)

Cef Mel berkongsi dengan BERITA Mediacorp: "Sebenarnya saya diundang untuk berkolaborasi dan menjadi konsultan bagi restoran itu pada sekitar 2017. Namun disebabkan COVID-19, kami terpaksa menghentikan semua perancangan sehingga hujung tahun 2022 kerana Jubilicious sekadar dapat menghantar makanan berbentuk set bento ke bilik hotel ketika itu.

"Kini kami sudahpun mengadakan 'soft launch' (pelancaran tidak rasmi) bagi restoran itu bulan lalu dan bakal membuat pelancaran rasmi menjelang hujung bulan ini.

"Ini memandangkan cef dan kakitangan sudah lebih terbiasa dan terdedah kepada menu yang saya tampilkan.

"Yang pasti, saya perlu memanfaatkan daya kreativiti bagi menampilkan dimensi yang berbeza diri saya dalam mencipta menu bagi jenama ini."

TAWAR LEBIH 60 HIDANGAN DENGAN SENTUHAN KREATIF

Jubilicious, yang memegang sijil halal serta mempunyai lesen untuk menawarkan khidmat katering, kini menyediakan lebih 60 hidangan dan pencuci mulut.

Malah gabungan menarik dan daya inovasi Cef Mel turut membangkitkan deria rasa bagi setiap hidangan yang disajikan dalam menu tersebut.

(Gambar: Ira Musfirah/BERITA Mediacorp)

Ini termasuk sajian Asia, Barat dan 'fusion' seperti Geprek Hot Wings, Seafood Lemak "Shepherd's Pie", Chargrilled Ribeye Steak Sambal Ijo dan Creamy Lemon Chicken Chop.

Malah Liquid Gold, yang menggabungkan aiskrim durian premium dengan ekstrak durian Mao Shan Wang dan dihiasi dengan dedaun emas 22K, jelas menguasai bahagian pencuci mulut, yang dijangka menjadi idaman para penggemar durian.

(Gambar: Cef Mel Dean)

"Restoran mesra keluarga ini menepati cita rasa semua golongan dengan kepelbagaiannya.

"Ia ditambah pula dengan kehijauan indah dan taman permainan di luar restoran serta pemandangan panorama yang memperlihatkan Masjid Sultan dan Malabar selain Singapore Flyer dan pencakar langit dari restoran itu, sekali gus menjadikannya tempat yang tenang dan jauh dari hiruk-pikuk bandar bersama keluarga," kongsi Cef Mel.

(Gambar: Ira Musfirah/BERITA Mediacorp)

Yang pasti, kolaborasi Cef Mel bersama Jubilicious dijangka mencipta semula dan merekayasakan landskap kulinari serta menghidangkan makanan yang sebati dengan deria rasa masyarakat Melayu mahupun kumpulan etnik lain.

"Untuk kekal relevan dalam industri makanan dan minuman memang mencabar. Namun, saya harus melakukan pembelajaran berterusan dalam bidang runding cara makanan.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan