Cef Indonesia ini kongsi resepi juadah berbuka puasa lebih sihat di Instagram

Gambar: Instagram/@jakpostimages
JAKARTA: Menjaga pemakanan sihat dalam bulan Ramadan mungkin sesuatu yang sukar bagi sesetengah individu.
Ini kerana juadah berbuka puasa kadang kala merangkumi makanan berminyak yang tinggi kandungan karbohidrat dan gula, lapor Reuters.
Sekatan pergerakan berpanjangan semasa pandemik COVID-19, juga menjejaskan tabiat makan dan gaya hidup penduduk, dengan ramai yang beralih kepada makanan segera, dan kadangkala memesan lebih banyak makanan daripada yang mereka perlukan.
Di Jakarta, Indonesia, seorang usahawan katering dan cef, mengorak langkah untuk menggalak pemakanan sihat, lebih-lebih lagi pada bulan puasa.
Menurut laporan Reuters, Teni Daud, ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat katering di Jakarta, berikhtiar untuk menggalak umat Islam supaya mengamalkan pemakanan sihat.
Sejak dua tahun lalu, Cik Teni sudah mengongsi resepi-resepi lebih sihat di akaun Instagram beliau.
Sempena Ramadan tahun ini, Cik Teni berkongsi dua atau tiga resepi secara percuma bagi menu berbuka puasa hampir setiap hari.
Ini menggandakan jumlah pengikutnya kepada lebih 22,000 orang.
Resepi-resepi Cik Teni menampilkan masakan mudah yang dibangunkan pakar pemakanan di syarikat kateringnya.
Beliau menggalak orang ramai agar menggunakan bahan-bahan segar dengan cara memasak lebih sihat serta menilai khasiat setiap sajian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.