Skip to main content

Gaya Hidup

Cef Bob ajar masak ikan pepes, shashuka guna hasil pertanian tempatan di laman Facebook MEWR

Meskipun sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini sungguh berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya, dengan penyesuaian dibuat bagi menangani pandemik COVID-19, kita masih dapat meneruskan tradisi beraya dengan cara kita yang tersendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Cef Bob ajar masak ikan pepes, shashuka guna hasil pertanian tempatan di laman Facebook MEWR

(Gambar: Instagram/@walkingfridge)

SINGAPURA: Meskipun sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini sungguh berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya, dengan penyesuaian dibuat bagi menangani pandemik COVID-19, kita masih dapat meneruskan tradisi beraya dengan cara kita yang tersendiri.

Memang tidak boleh dinafikan, sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa lauk-pauk seperti ketupat, lemang dan rendang.

Memandangkan Hari Raya tahun ini berbeza, mengapa tidak kita belajar menyajikan menu Lebaran yang baru?

Menulis dalam Facebooknya hari ini (19 Mei), Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli berkongsi sesi memasak yang akan diadakan secara online oleh Cef Bob esok (20 Mei).

Menurut Encik Masagos yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Cef Bob akan menunjukkan cara-cara menyajikan dua hidangan istimewa iaitu pepes ikan siakap dan shashuka 'daging tsunami' menggunakan hasil pertanian tempatan seperti ikan barramundi, telur dan sayur bayam.

Menurut beliau lagi, bahan-bahan itu boleh dibeli secara online tanpa perlu ke pasar atau pasar raya - menjadikannya lebih mudah untuk disiapkan semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 ini.

Sesi memasak bersama Cef Bob itu akan disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live! pada Rabu (20 Mei) jam 9.00 malam melalui akaun Facebook Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR).

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita