Cef Arang buka gerai, jual nasi kerabu dengan masakan panggang di pusat penjaja Yishun
Anggaran Waktu Membaca:
Kerabu by Arang menghidangkan nasi kerabu. (Gambar: CNA/Aik Chen)
SINGAPURA: Ramai tentunya kecewa semasa Arang - restoran yang menyajikan masakan Melayu tradisional ala 'fine dining' hasil air tangan Nurl Asyraffie Mohamed Shukor - terpaksa ditutup kerana tempoh sewanya di Golden Mile Complex sudah tamat.
Encik Asyraffie bagaimanapun kini kembali berniaga dan kali ini, orang ramai boleh menikmati masakannya di sebuah pusat penjaja!
Beliau percaya langkah menawarkan "menu tidak terlalu 'atas' dan tanpa juga layanan serba mewah" bakal membolehkan perniagaannya diakses lebih ramai pelanggan.
"Ramai bertanya: 'Adakah anda akan menawarkan versi (Arang) lebih murah?' Mungkin ini dia jawapannya," kata usahawan berusia 32 tahun itu.
Kerabu by Arang, terletak di dalam sebuah pusat penjaja di Yishun. Ia menghidangkan nasi kerabu!

Para pelanggan boleh memilih antara ayam, ikan atau kambing untuk dinikmati dengan nasi, ulam, keropok ikan, sambal budu dan telur mesin.
Promosi akan ditawarkan sehingga hujung bulan ini di mana harga bagi nasi kerabu dengan ayam adalah S$8.50, S$11.50 bagi ikan dan S$15.60 rusuk kambing.
Nasi kerabu itu disiapkan mengikut cara-cara yang dipelajari sepanjang mengembara di Malaysia dan Thailand, kata Encik Asyraffie.
"Saya meneliti bagaimana orang-orang kampung memanggang. (Dari situ) di Kerabu, kami menggunakan kulit kelapa dalam proses pemanggangan supaya rasa 'berasap' itu lebih menyerlah. Kami juga menggunakan daun pisang untuk menyalut bahan-bahan protin, seperti ikan bawal, agar hidangannya lebih wangi," terangnya.
Di samping itu, "Kami menggunakan nasi kunyit, dan bukan nasi biru bunga telang yang biasa. Nasi kunyit membuat hidanganya lebih nyaman dan ia juga lebih 'cantik' pada pandangan mata kasar, apabila dipadankan dengan elemen-elemen lain dalam hidangan itu," tambah Encik Asyraffie.
"Yang paling 'best' dalam hidangan ini sebenarnya ulamnya", yang disiapkan menggunakan kacang botol, delima dan limau tambun. "Kami menambahkan dua buah-buahan supaya rasanya lebih segar dan sebati dengan bahan-bahan lain."

"Saya hanya ingin lakukan satu perkara, dan melakukannya dengan baik. Itu pemikiran saya," luahnya lagi kepada Mediacorp. "Saya hanya ingin menumpukan perhatian pada nasi kerabu, dan menjadi yang terbaik."
Matlamat Encik Asyraffie kini adalah untuk menjadikan Kerabu by Arang "seperti The Coconut Club", yang terkenal kerana nasi lemaknya - sesuatu yang "santai, dan tidak sukar dimampui".
Dan, "jika The Coconut Club boleh menjual nasi lemak pada harga S$18, Encik Asyraffie secara terbuka berkongsi bahawa harga nasi kerabunya juga akan lebih mahal berbanding hidangan lain yang lazimnya ditawarkan di pusat penjaja.
Mentelah lagi, proses untuk menyiapkan nasi kerabunya memakan masa dan tenaga.
Sambalnya dibuat sendiri dan setiap pesanan pelanggan akan dipanggang di atas bara api.
Bermula bulan depan, Encik Asyraffie merancang untuk menambah beberapa hidangan lain yang sesuai untuk dikongsi bersama keluarga atau rakan-rakan, seperti ikan bakar.

Apa pun, membuka perniagaan di pusat penjaja adalah satu keputusan untuk "mencuba nasib". "Ia juga lebih jelas dan mudah" berbanding pelbagai aspek perniagaan yang perlu difikirkan buat mengendalikan sebuah restoran, jelas Encik Asyraffie lagi.
Cef lulusan SHATEC itu bagaimanapun akur selok-belok perniagaan masih perlu dipelajari kerana pengalamannya selama ini lebih tertumpu kepada mengendalikan restoran.
"Semuanya sangat berbeza," katanya. "Saya (dahulu) ingat saya rajin tetapi para penjaja ternyata 10 kali lebih rajin daripada saya!"

Sebagai seorang penjaja, "ia lebih kepada menyiapkan hidangan dalam sukatan-sukatan yang besar - seperti 50kg ayam dalam tempoh dua hari. Dalam waktu sejam, saya boleh menyiapkan antara 30 hingga 40 pinggan di dapur".
Selain itu, kerana ruang dapur terhad dan waktu suntuk - Encik Asyraffie bangun pada jam 6.30 pagi setiap hari, ada di kedai pada jam 7.30 pagi, dan hanya tidur pada jam 3.30 pagi.
"Ia sangat berbeza dan berat. Saya rasa kebanyakan cef Michelin tidak akan mampu melakukannya di sini," seloroh beliau.
Pun begitu, Encik Asyraffie sudahpun merancang untuk 'menghidupkan semula' Arang pada Januari tahun depan - kali ini dengan menawarkan pengalaman 'fine dining' di rumah pelanggan.
Beliau sudahpun menerima beberapa tempahan walaupun belum secara rasmi memulakan perniagaan itu.
Mereka yang berminat boleh mengikuti laman Instagram @arang.sg untuk mendapatkan perkembangan terkini.
Kerabu by Arang terletak di 51 Yishun Ave 11, #01-04.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.