Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Cawangan kedua The Cat Cafe dibuka di The Rail Mall

Berita baik bagi para pencinta kucing yang gemar menghirup minuman sambil bermain-main dengan kucing jinak. 

Anggaran Waktu Membaca:
Cawangan kedua The Cat Cafe dibuka di The Rail Mall

(Gambar: sgcatcafe.railmall/Instagram)

Diterbitkan : 04 Aug 2020 10:53PM Dikemas Kini : 04 Aug 2020 11:01PM

SINGAPURA: Berita baik bagi para pencinta kucing yang gemar menghirup minuman sambil bermain-main dengan kucing jinak.

Sebuah lagi cawangan The Cat Cafe dibuka baru-baru ini di The Rail Mall.

11 lagi kucing peliharaan bakal menjadi 'teman' bagi pencinta haiwan manja ini.

Cawangan pertama The Cat Cafe di Bugis dibuka pada 2014 dan kini menempatkan 25 ekor kucing yang diselamatkan.

Dengan pembukaan cawangan kedua, lagi 11 kucing dipelihara dan dibela dengan kebanyakannya merupakan kucing yang diselamatkan.

Kafe baru tersebut juga menyediakan pelbagai permainan kucing.

Setiap pelanggan dikenakan bayaran S$16 buat dua jam pertama, termasuk satu minuman ringan percuma.

Bayaran S$4 dikenakan bagi setiap 30 minit tambahan.

Langkah-langkah jarak selamat juga dilaksanakan di kedua-dua cawangan The Cat Cafe sambil memastikan jaraknya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Kedua-dua cawangan menerima pelanggan yang langsung ke kafe dan juga mereka yang membuat tempahan terlebih dahulu.

Anda boleh membuat tempahan dengan menghubungi The Cat Cafe di talian berikut:

Cawangan Bugis – 63386815

Cawangan The Rail Mall – 69779579

Anda juga boleh menyaksikan telatah kucing-kucing tersebut melalui laman Instagram dan Facebook cawangan The Cat Cafe di The Rail Mall (@sgcatcafe.railmall). 

Sumber : BERITA Mediacorp/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan