Cathay Pacific tawar 80,000 tiket percuma ke Hong Kong bagi pelawat dari Asia Tenggara; 12,500 buat penduduk SG
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Vernon Yuen/AP)
SINGAPURA: Ingin terbang ke Hong Kong untuk mengunjungi Disneyland tetapi tidak mahu membeli tiket penerbangan sendiri?
Cathay Pacific pada Jumaat (24 Feb) mengumumkan perincian mengenai cara-cara bagaimana anda boleh mendapatkan tiket penerbangan percuma.
500,000 tiket penerbangan percuma akan ditawarkan bagi menyokong kempen 'Hello Hong Kong' yang dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong untuk menyambut semula pelancong ke pulau itu.
Sebanyak 80,000 tiket penerbangan ulang-alik diperuntukkan bagi Asia Tenggara, dengan 12,500 daripadanya adalah untuk para penduduk di Singapura.
Kempen yang diberi nama 'World of Winners' dilancarkan secara bertahap-tahap bagi Asia Tenggara, bermula dengan Thailand, Singapura dan Filipina masing-masing pada 1, 2 dan 3 Mac. Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Kemboja akan menyusul dua minggu kemudian, melalui beberapa fasa sepanjang tempoh tersebut.
Untuk melayakkan diri bagi mendapatkan tiket percuma, anda harus mendaftar sebagai anggota Cathay (daftar menerusi laman web mereka).
Anda kemudian harus melayari laman web kempen 'World of Winners', log masuk dengan maklumat keanggotaan Cathay anda dan menjawab tiga soalan dengan betul.
Kempen itu akan berlangsung dari pukul 12.00 tengah hari 2 Mac sehingga pukul 11.59 malam 8 Mac (waktu tempatan).
Bagi penduduk di Singapura, tiket penerbangan itu akan dihadiahkan kepada 12,500 peserta pertama dengan jawapan yang betul.
Setiap anggota hanya dibenarkan satu peluang saja dan pemenang peraduan itu akan diumumkan di laman web kempen tersebut pada 20 Mac.
Anda juga akan mendapat emel yang memaklumkan kemenangan anda.

Sumber : CNA/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.