Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Cara terbaik untuk dapatkan rehat semasa penerbangan panjang

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Anda mungkin berdepan pelbagai masalah semasa dalam pesawat, termasuk tempat duduk sempit dan kesukaran untuk tidur ketika dalam perjalanan.

Namun, terdapat beberapa strategi yang boleh anda amalkan untuk memastikan anda dapat rehat yang cukup.

REHAT YANG SEDIKIT SEBELUM PENERBANGAN

"Kekurangan tidur apabila anda menaiki pesawat mungkin dapat membantu," kata Jamie Zeitzer, pengarah bersama Pusat Tidur dan Sains Sirkadian di Universiti Stanford.

Cuba tidur lambat daripada biasa pada malam sebelum penerbangan, dan bangun lebih awal pada keesokan pagi.

ELAK MAKAN MAKANAN DALAM PENERBANGAN

"Kita mudah tidur jika kita tidak makan sebelum tidur," kata Dr Virginia Skiba, pengarah perubatan bersekutu Henry Ford Medical Group Sleep Laboratories di Michigan. "Makan makanan yang ringan, tidak berminyak beberapa jam sebelum penerbangan adalah cara terbaik."

UBAH PEMIKIRAN KEPADA MOD TIDUR

Apabila anda menaiki pesawat, tukar pemikiran anda kepada zon waktu destinasi anda. Jika anda berlepas dari New York dan menuju ke Paris,anda tidak berlepas pada pukul 6.00 petang, tetapi pada tengah malam.

Kemudian, mulakan rutin tidur anda.

"Otak anda gemar menggunakan perkara yang terkait dengan tidur, supaya anda mudah tertidur," kata Dr Oren Cohen, penolong profesor perubatan tidur di Sekolah Perubatan Icahn di Gunung Sinai.

Ia boleh termasuk menutup semua skrin, berus gigi dan mengeluarkan kanta lekap.

Kristin Luna, seorang penulis pelancongan yang berpangkalan di Tennessee, menggunakan pelitup mata hitam, fon kepala pembatalan bunyi dan bantal leher.

FIKIR DUA KALI SEBELUM MENGAMBIL UBAT TIDUR

Pakar memberi amaran untuk tidak menggunakan ubat tidur semasa penerbangan.

Namun, jika anda sedang mempertimbangkan untuk melakukan demikian, bincang dengan doktor anda terlebih dahulu, kata Alicia Roth, ahli psikologi tidur di Klinik Cleveland.

"Jangan mengambil sebarang ubat atau suplemen buat kali pertama dalam penerbangan," tambahnya.

"Anda boleh cuba di rumah seminggu sebelumnya supaya anda tahu bagaimana kesan sampingannya, berapa cepat ia memberi kesan kepada anda dan perasaan anda ketika anda bangun."

PILIHAN TEMPAT DUDUK DAN POSISI TIDUR

Tempat duduk di sebelah tingkap merupakan pilihan terbaik kerana anda boleh sandar di dinding.

Selepas bertahun-tahun berulang-alik antara Colorado dan Australia, Drew Hudon, pengarah pemasaran untuk sebuah syarikat peranti perubatan berkata, "Saya belajar untuk menempah tempat duduk di bahagian tengah pesawat."

"Saya mendapati bahawa tempat duduk lain di bahagian tengah biasanya diambil oleh orang yang berjalan bersama," katanya, "jadi jika salah seorang daripada mereka perlu bangun, mereka akan mengejutkan teman mereka untuk keluar, bukan saya." Kerusi tengah di bahagian tengah juga selalunya di antara yang terakhir ditempah, jadi anda mungkin dapat tempat duduk tambahan.

"Saya baringkan kerusi saya hanya satu inci lebih daripada orang di sebelah saua dan meletakkan kepala saya di tempat duduk mereka," kata Dr Cohen.

ELAK DARIPADA TIDUR KETIKA ANDA TIBA DI DESTINASI

Tidak kira berapa banyak rehat atau berapa lama anda tidur di dalam pesawat, sebaik sahaja anda mendarat, anda perlu mengatasi 'jet lag'.

Rancang aktiviti pada hari pertama yang akan membuat anda berada di luar dan sentiasa bergerak.

"Pendedahan kepada cahaya pada awal hari membantu mengawal melatonin dan menyesuaikan jam dalaman anda ke zon waktu baharu," kata Dr Roth.
Sumber : New York Times/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan