Cara membuat biskut sarang semut yang digemari ramai
(Gambar: Sumber web)
KUALA LUMPUR: Biskut sarang semut adalah antara biskut raya yang wajib ada satu ketika dahulu. Mungkin kanak-kanak generasi baru tidak mengenalinya, tetapi bagi golongan ibu dan ayah, sudah pasti biskut sarang semut menggamit ingatan mereka menjelang sambutan Hari Raya.
Untuk mereka yang selalu membuat kuih menjelang Syawal, keseronokan proses membuat kuih itu mesti adalah antara memori yang tidak boleh dilupakan. Memang pasti biskut sarang semut itu lazat, namun lebih kepuasannya jika dibuat sendiri.
Ayuh, raikan Syawal dengan mengajak anak-anak atau ibu ayah anda membuat biskut sarang semut ini! Selain dapat belajar cara membuat biskut raya, anda juga boleh mengambil peluang ini untuk merapatkan hubungan anda bersama, menurut portal Keluarga.
Berikut adalah resepi yang dikongsikan di Facebook dan dipetik oleh Keluarga:
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Mentega - 1 buku
- Tepung kastard - 2 cawan*
- Tepung jagung - 1 cawan*
- Tepung gandum - 1 cawan setengah*
- Gula halus - 1 cawan
- Kuning telur - 1
- Esen vanila - 1 sudu kecil
- Sedikit perwarna kuning
- Cawan kertas kecil
- Taburan coklat
Ayak bahan bertanda*
Cara membuat:
1. Ayak tepung kastard, tepung jagung dan tepung gandum.
2. Masukkan mentega dan gula halus ke dalam bekas. Kemudian, pukul sehingga kembang.
3. Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan semua tepung dan gaul sehingga adunan tak melekat pada tangan. Adunan memang lembut. Jika masih melekat, tambah sedikit tepung gandum.
5. Simpan adunan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
6. Setelah adunan sudah sejuk, boleh mulakan proses memarut.
7. Masukkan parutan adunan ke dalam cawatan kertas dan hias dengan taburan coklat.
8. Bakar guna api atas bawah - 170 darjah Selsius selama 30 minit atau ikut suhu ketuhar masing-masing.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.