Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Cara lawan rasa mengantuk, kekal segar semasa berpuasa

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Halangan terbesar yang dialami kebanyakan orang ketika berpuasa ialah rasa mengantuk.

Paras gula dalam darah akan menurun apabila berpuasa, sekali gus menjadikan badan lemah dan otak sukar untuk menumpukan perhatian.

Berikut lima cara anda boleh melawan rasa mengantuk dan kekal segar semasa berpuasa:

1) Dapatkan tidur yang bermutu pada waktu malam

Apabila berpuasa, akan ada perubahan pada pola tidur anda kerana anda perlu bangun sebelum subuh untuk bersahur.

Ini faktor utama mengapa kita sering berasa mengantuk pada waktu siang. Untuk mengelakkannya, tidur yang bermutu dan mencukupi pada waktu malam amat diperlukan.

Jika tidak ada keperluan mendesak, elakkan tidur lewat dan tidur lebih cepat daripada biasa.

2) Ambil "power nap"

Memandangkan anda tidak perlu menggunakan waktu rehat untuk makan tengah hari, anda boleh memanfaatkan peluang tersebut untuk tidur seketika.

Anda boleh menetapkan penggera kira-kira 20 minit untuk tidur.

Anda akan bangun dengan fikiran yang segar dan lebih produktif untuk menyelesaikan tugasan anda selepas itu.

3) Tukar pemandangan

Mereka yang bekerja di pejabat biasanya menghabiskan masa duduk di meja dan merenung skrin komputer sepanjang hari.

Ia akan menyebabkan mata berasa letih sehingga anda mudah mengantuk. Cuba alihkan pandangan anda dari skrin sekali-sekala.

4) Basuh muka anda

Apabila rasa mengantuk datang, anda boleh ke tandas dan mencuci muka dengan air sejuk. Kaedah itu sudah terbukti dapat mengurangkan rasa mengantuk.

Air sejuk juga membantu anda menjadi lebih tenang dan segar supaya anda boleh menumpukan perhatian terhadap kerja anda.

5) Cuba lakukan regangan yang ringkas

Lakukan regangan ringkas untuk menggerakkan otot anda. Anda juga boleh mengamalkan senaman fizikal ringan seperti berjalan di sekitar pejabat, atau rumah sekiranya anda bekerja dari rumah (WFH), selama beberapa minit.

Ia akan membantu melancarkan aliran darah dan meningkatkan pengambilan oksigen ke otak sambil menghilangkan rasa mengantuk.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan