Skip to main content

Gaya Hidup

Cara jaga kesihatan kulit semasa Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:

WASHINGTON: Walaupun menjaga kesihatan kulit harus menjadi amalan sepanjang tahun, amat penting untuk memahami cara memastikan kulit sentiasa lembap  dan menjaganya semasa bulan Ramadan.

Bagaimanakah puasa mempengaruhi tahap penghidratan kulit anda?

Bolehkah rutin penjagaan kulit anda membantu mengekalkan kulit yang sihat sepanjang Ramadan?

Dua pakar kulit dan kecantikan berkongsi petua berikut dengan majalah Glamour untuk diamalkan sementara kita masih berada di awal Ramadan, bagi memperoleh kulit cantik berseri semasa sambutan Aidilfitri nanti.

KITARAN TIDUR 

Menurut Cik Vanessa Parvez, pakar perubatan di Institut Rawatan Kulit dan Laser di Walnut Creek, California, mengubah kitaran tidur atau kurang tidur boleh menyebabkan peningkatan paras kortisol, yang boleh menyebabkan kemunculan dengan keadaan kulit radang seperti jerawat atau rosacea.

Jika wajah anda 'diserang' jerawat  pada masa ini, anda sebaiknya harus menambah dua peratus bahan BHA pada rutin penjagaan kulit anda.

Perubahan pada kitaran tidur anda juga akan menyebabkan lingkaran hitam dan bengkak di bawah mata. Krim mata yang mengandungi vitamin K dan kafein boleh membantu dengan kegelapan, dan yang mengandungi asid hyaluronik atau gliserin boleh memberikan kesan yang menggebu.

Untuk memastikan kulit cantik berseri semasa Ramadan, gunakan pembersih yang mengandungi asid glikolik jika anda mempunyai kulit normal atau asid salisilik untuk kulit berminyak. Pengelupasan lembut setiap hari akan merangsang kulit anda sambil menanggalkan sel kulit mati, menurut Cik Manal El Hage, seorang pakar kecantikan di Dr. Kayle Aesthetic Clinic. 

KEKAL HIDRAT

Jangan ambil ringan pengambilan lapan gelas air sehari. Walaupun ramai menganggap pelembap adalah satu-satunya pilihan untuk penghidratan kulit, Cik Hage menjelaskan, terdapat perbezaan antara bahan pelembap dan penghidratan.

Bahan-bahan penghidratan hanya menambah penghidratan air ke dalam kulit, manakala bahan pelembap memastikan penghidratan disimpan dalam kulit dengan menghalang penyejatan air daripada kulit anda.

PILIH MAKANAN SESUAI

Berbuka puasa dan sahur sentiasa menjadi masa yang menggembirakan, tetapi sebaiknya elakkan makan keterlaluan ketika berbuka puasa setiap hari. Elakkan hidangan berminyak, makanan segera dan gula halus.

Dengan menambahkan protein, sayur-sayuran segar dan kekacang semasa berbuka, anda akan membekalkan kulit anda dengan asid lemak dan antioksidan; semuanya adalah bahan utama untuk membantu kulit mengekalkan yang sihat.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita