Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Cara elak gigi kuning gara-gara minum teh, kopi

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Kalau sebelum ini orang minum kopi untuk menghilangkan rasa mengantuk tetapi sekarang, ia sudah menjadi seperti satu trend sejak banyak gerai di tepi jalan menjual minuman tersebut.


Tidak ketinggalan juga dengan teh, kedua-dua minuman ini pasti menjadi pilihan terutamanya apabila cuaca terik pada siang hari.

Belum lagi yang betul-betul gilakan minuman kaffein itu, sepertinya tidak boleh hidup tanpa minum secawan setiap hari!

Namun, pengambilan teh dan kopi yang berlebihan boleh memberi kesan kepada kesihatan gigi. Antaranya, gigi mudah menjadi kuning dan juga sensitif.

Majalah Keluarga membawakan perkongsian oleh doktor gigi, Norul Madihah, untuk mengurangkan kesan tidak diingini pada gigi akibat kedua-dua minuman yang mengandungi kaffein itu.

1) Minum guna straw

Elakkan minum terus dari cawan atau gelas. Tujuannya, untuk mengelakkan minuman dituju terus pada gigi, terutamanya gigi depan. Lebih banyak terdedah, lebih senang melekat warnanya.

2) Elakkan minuman yang terlalu panas, tunggu sejuk sikit dahulu

Suhu yang terlalu tinggi boleh memberi kesan buruk kepada struktur dalaman gigi dan lebih mudah bertukar warna.

3) Kumur atau ‘bilas’ mulut dengan air putih selepas minum kopi atau teh

Makin lama gigi kita terdedah kepada minuman, lebih mudah bahan melekat pada permukaan gigi.

4) Elakkan berus gigi sejurus selepas minum kopi atau teh

Tunggu 30 minit sehingga satu jam dahulu sebelum memberus gigi apabila sudah mengambil kedua-dua minuman itu.

Teh dan kopi berasid, maka memberus gigi sebaik selepas minum boleh menyebarkan lagi asid ke seluruh mulut dan kemudian menyebabkan struktur gigi menjadi lebih lemah.

5) ‘Latte’ lebih baik daripada ‘Americano’

Secara ringkas, susu dalam kopi atau teh boleh membantu mengurangkan kesan sisa minuman daripada melekat pada bahagian atas permukaan gigi.

6) Minum dalam 'one-shot' lebih baik dari minum sikit demi sikit

Bukanlah habiskan dalam seteguk. Maksudnya di sini, lebih panjang tempoh mula minum hingga habis, lebih tinggi risiko untuk mendapat kesan buruk pada gigi anda.

7) Jaga kebersihan mulut, rajin berus dan 'floss' gigi

Kebersihan yang tidak memuaskan, terutamanya karang gigi, akan membuat warna kekuningan lebih senang melekat.

Sumber : Sumber Web/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan