Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Cara-cara kurangkan risiko angin ahmar, demensia dan kemurungan secara serentak

Satu kajian baharu mengenal pasti faktor-faktor bertindih yang mempengaruhi risiko angin ahmar, demensia dan kemurungan pada usia lanjut. 

Anggaran Waktu Membaca:
Cara-cara kurangkan risiko angin ahmar, demensia dan kemurungan secara serentak

Terdapat faktor-faktor bertindih yang mempengaruhi risiko angin ahmar, demensia dan kemurungan pada usia lanjut. (Gambar hiasan: Pixabay/Mohamed_hassan)

NEW YORK: Satu kajian baharu mengenal pasti faktor-faktor bertindih yang mempengaruhi risiko angin ahmar, demensia dan kemurungan pada usia lanjut. Kajian tersebut mencadangkan bahawa beberapa perubahan gaya hidup boleh mengurangkan risiko ketiga-tiganya secara serentak.

Walaupun ketiga-tiga keadaan itu kelihatan seakan-akan tidak berkaitan, individu yang mengalami salah satu daripadanya, sama ada demensia, kemurungan atau angin ahmar, sering kali turut mengalami satu atau kedua-dua keadaan lain, kata Dr Sanjula Singh, penyelidik utama di Brain Care Labs, Hospital Umum Massachusetts, yang juga merupakan penulis utama kajian itu.

Para pakar menjelaskan bahawa hal tersebut mungkin disebabkan oleh kerosakan pada salur darah halus di otak yang menjadi punca bersama bagi ketiga-tiga penyakit tersebut.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENINGKATKAN RISIKO PENYAKIT OTAK

Antara faktor yang dikenal pasti boleh meningkatkan risiko anda mengalami penyakit otak adalah:
 
  • Tekanan darah tinggi
  • Indeks jisim badan (BMI) yang tinggi
  • Paras glukosa darah yang tinggi
  • Kolesterol yang tinggi
  • Gejala kemurungan
  • Pengambilan daging merah, minuman bergula, makanan manis dan natrium (garam) yang tinggi
  • Kehilangan pendengaran
  • Penyakit buah pinggang
  • Kesakitan, terutamanya yang menjejas keupayaan untuk bergerak atau beraktiviti
  • Gangguan tidur (seperti insomnia, kualiti tidur yang rendah, atau tidur melebihi lapan jam)
  • Sejarah merokok
  • Kesunyian atau pengasingan sosial

CARA KURANGKAN RISIKO PENYAKIT OTAK

Berikut adalah beberapa gaya hidup yang boleh diterapkan untuk mengurangkan risiko penyakit otak:
 
  • Pelibatan secara berkala dalam aktiviti yang merangsang minda seperti membaca atau menyelesaikan teka-teki
  • Amalkan pemakanan sihat, yang kaya dengan sayur-sayuran, buah-buahan, produk tenusu, ikan dan kekacang
  • Lakukan aktiviti fizikal pada tahap sederhana atau tinggi secara konsisten
  • Ciptakan tujuan dalam kehidupan untuk memberi makna atau matlamat yang jelas dari hari ke hari
  • Luaskan rangkaian sosial dengan menjalin dan mengekalkan hubungan erat dengan ramai kenalan

Melakukan perubahan demi kesihatan otak mungkin terasa membebankan. Namun, Dr Singh mencadangkan agar senarai perubahan gaya hidup tersebut dianggap seperti satu menu pilihan.

“Pilih satu faktor risiko terlebih dahulu, kemudian tanganinya secara berperingkat,” katanya.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan