Skip to main content

Gaya Hidup

Cara betul panaskan semula ketupat

Anggaran Waktu Membaca:
 Cara betul panaskan semula ketupat

Ketupat. (Gambar fail)

Diterbitkan : 02 Apr 2025 10:04AM
  • Tahukah anda cara-cara betul untuk memanaskan semula ketupat supaya masih elok dimakan dan tidak menjadi keras atau cepat basi?
  • Apabila hendak dimakan, keluarkan dari peti ais dan biarkan berada pada suhu bilik terlebih dahulu sebelum memanaskannya.
  • Selepas ketupat mencapai suhu bilik, kukuskan kira-kira 30 minit.
  • Apa kata anda olahkan baki ketupat itu dijadikan hidangan menarik lain, seperti ketupat goreng.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Sudah masuk hari ketiga Hari Raya pada Rabu (2 Apr). Bagi sebahagian orang, tentu masih ada baki ketupat yang belum dimakan dan disimpan dalam peti sejuk.

Tahukah anda cara-cara betul untuk memanaskan semula ketupat supaya masih elok dimakan dan tidak menjadi keras atau cepat basi?

Berikut empat cara yang boleh dicuba, menurut perkongsian dari buku "Hidangan Ketupat Nusantara yang Paling Laku Dijual" (2013) oleh Dapur Aliza terbitan PT Gramedia Pustaka Utama seperti dipetik laman Kompas.com.

BIAR SAMPAI SUHU BILIK

Kebiasaannya kita menyimpan makanan yang tidak habis dimakan di dalam peti sejuk. Begitu juga ketupat yang masih berbaki.

Apabila hendak dimakan, keluarkan dari peti ais dan biarkan berada pada suhu bilik terlebih dahulu sebelum memanaskannya.

Ini untuk menjaga ketupat supaya tidak mengalami perubahan tekstur ketika dipanaskan.

KUKUS DENGAN WAP PANAS; 'AIRFRYER' PUN BOLEH

Selepas ketupat mencapai suhu bilik, kukuskan kira-kira 30 minit.

Pastikan air kukusan sudah menghasilkan wap panas yang cukup agar ketupat cepat hangat secara merata.

Satu lagi cara untuk memanaskan ketupat, yang pernah dicuba sendiri oleh penulis BERITA Mediacorp, adalah dengan menggunakan 'airfryer'. Cara ini tidak memerlukan ketupat dibiarkan pada suhu bilik dan memastikan ketupat tidak berair selepas dipanaskan.

Panaskan sekitar 10 minit pada suhu antara 180 dengan 200 darjah Celcius.

ANGKAT DAN TOS

Selepas mengukus ketupat, angkat dan toskan.

Biarkan air yang diserap dalam ketupat keluar agar tidak menyebabkan ketupat cepat basi.

Langkah ini juga membantu menjaga tekstur ketupat agar tetap lembut.

OLAH KETUPAT

Jika anda sudah puas makan ketupat dengan lauk-pauk.

Apa kata anda olahkan baki ketupat itu dijadikan hidangan menarik lain, seperti ketupat goreng.

Terpulang kepada daya kreativiti anda!
Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita