Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Cara betul baja tanaman dalam rumah agar tumbuh sihat, cantik

Tanaman di dalam rumah atau 'indoor plant' memberi suasana yang segar sekali gus menjadi pelengkap perhiasan mahligai. Namun, memandangkan wadahnya merupakan sebuah pasu, aliran nutrisi kepada tanaman amat terbatas.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Tanaman di dalam rumah atau 'indoor plant' memberi suasana yang segar sekali gus menjadi pelengkap perhiasan mahligai. Namun, memandangkan wadahnya merupakan sebuah pasu, aliran nutrisi kepada tanaman amat terbatas.

Walaupun ia hanya tanaman hiasan, ia tetap perlu dibaja apabila tiba masanya. Hal ini dapat memastikan tanaman yang diletakkan di tempat tertutup anda hidup sihat tumbesarannya pula optimum.

Bagaimanapun, baja yang hendak digunakan bagi tanaman di rumah atau tempat tertutup bukannya boleh sebarangan kerana dikhuatiri ia memberi kesan kepada para penghuni rumah pula. Oleh itu,Astro AWANI memetik beberapa petua yang dikongsikan oleh majalah Impiana tentang cara betul membajanya.

JENIS BAJA YANG SESUAI

(Gambar hiasan.)

Tidak semua baja dicipta menggunakan formula dan mempunyai kegunaan yang sama walaupun dari jenis yang sama. Namun, ramai yang menggunakan baja akhirnya menyebabkan tanaman mereka mati.

Baja jenis cecair adalah baja yang paling sesuai untuk tanaman di dalam rumah. Seperti contoh, jenis emulsi ikan. Ini kerana baja cecair lebih mudah dan cepat diserap tanaman.

CARA PEMBAJAAN

Jika tidak mempunyai baja jenis cecair, gunakan baja biji yang anda anda tetapi sebelum itu, larutkannya terlebih dahulu di dalam air.

Larutkan sepertiga baja butir bersama tiga liter air. Lakukan pembajaan setiap dua hingga tiga minggu sekali dari bulan Mac hingga September. Selebihnya adalah tempoh untuk tanaman anda berehat.

KERAP PERIKSA TANAMAN

(Gambar: Unsplash)

(Gambar: Unsplash)

Penjagaan tanaman di dalam rumah sama seperti yang lain. Perlu diperiksa ada atau tidak serangga perosak, buang bahagian yang layu dan mati serta lain-lain.

Namun, satu perkara yang paling penting - lihat sama ada terdapat akar yang keluar dari bawah pasu. Jika ada, ia menunjukkan tanaman anda memerlukan pasu yang lebih besar atau perlu dipecahkan kepada beberapa bahagian rumpun kecil.

YANG TIDAK PERLUKAN BAJA

Tidak semua tanaman di tempat tertutup memerlukan baja. Antara jenis tidak perlu dibaja adalah succulent dan kaktus. Oleh itu, cukup sekadar menambak atau menambah medium tanaman pada pangkal pokok.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan