Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Cara atasi masalah hidung anak kerap berdarah

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Mungkin ramai yang khuatir mengapa hidung anak mereka sangat kerap berdarah dan tertanya-tanya sama ada terdapat petanda dan cara-cara untuk mengelak dan mengatasi masalah sedemikian. 

"Hidung berdarah pada usia kanak-kanak selalunya, walau tidak semestinya, disebabkan oleh masalah sinus atau resdung pada hidung yang tidak terkawal," menurut Dr Ezairy, seorang pakar bedah telinga, hidung dan tekak. 

Apabila anak bersin atau berasa hidung mereka gatal, mereka pun tergosok-gosok hidung sehinggakan berlaku pendarahan pada hidung. 

Sekiranya ia berlaku, ibu bapa perlu ingat beberapa langkah ini: 

- Bertenang dan jangan panik 

- Dudukkan pesakit dan tundukkan kepala mereka

- Picit hidung pesakit daripada luar. Lakukan langkah ini selama 10 hingga 15 minit untuk menghentikan pendarahan 

- Pastikan pesakit tidak terdongak atau terbaring. Ini akan menghalang darah keluar ke depan, tetapi ia akan terus mengalirkan darah ke paru-paru dan mendatangkan bahaya 

- Letakkan ais pada dahi pesakit untuk mengurangkan pendarahan

- Jika semua langkah tersebut tidak berjaya menghentikan pendarahan, bawa pesakit ke hospital dengan segara

Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan