Cantik belum tentu selamat: Guna panduan ini bila ingin beli dan tukar perkakas dapur
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan. (Gambar: Pexel)
SINGAPURA: Ramai terutamanya wanita, mengimpikan sebuah dapur yang bukan sahaja kemas dan tersusun rapi, tapi juga dihiasi cantik dan menarik dengan pelbagai aksesori, pinggan, mangkuk, periuk, senduk dan sebagainya.
Tidak boleh dinafikan, dapur yang cantik mampu memberikan suasana yang lebih selesa bukan sahaja untuk anggota anggota keluarga tapi juga buat tetamu yang datang berkunjung. Dengan pilihan warna selain susun atur yang menarik dan peralatan dapur yang sepadan, sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan rasa teruja dan ingin berada di dapur lebih lama.
Terkini warna pastel seperti biru, merah jambu lembut selain hijau pudina didapati bukan sahaja dapat menambahkan elemen elegan pada ruang dapur, tetapi juga membantu mewujudkan suasana yang lebih santai dan menyenangkan.

Kombinasi warna yang menenangkan ini turut memainkan peranan dalam mencipta persekitaran dapur yang lebih harmoni, sekaligus menjadikan waktu memasak atau mengemas dapur pengalaman yang lebih menyeronokkan dan terapeutik. Lebih-lebih lagi bagi yang baru saja berpindah ke rumah impian dan ingin menghiasi dapur dengan pelbagai perkakas seperti koleksi periuk, pinggan mangkuk dan sebagainya.
Walaupun anda belum tentu memerlukan sesebuah barangan itu, tanpa berfikir dua kali tangan tetap ringan untuk membelinya setiap kali berada di sesebuah gedung dan kedai yang menawarkan pelbagai pilihan serta promosi harga menarik untuk perkakas dapur dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, lebih bahaya jika anda 'cuci mata' online untuk ‘tengok-tengok’ koleksi perkakas dapur yang terkini dan tanpa disedari jari pun terus klik menekan butang ‘beli sekarang’ tanpa berfikir panjang tentang mutu dan fungsi barang yang dibeli.

MUTU DAN FUNGSI
Perkakas dapur bukan sekadar cantik dipandang semata-mata, tetapi setiap kali bila digunakan ia bersentuhan dengan makanan yang kita makan setiap hari bersama keluarga. Jadi, sebelum membuat pilihan atau membelinya, penting untuk pertimbangkan juga mutu, fungsi dan tahap keselamatannya. Elak daripada membelinya hanya ingin mengikut trend.
Selalunya ramai yang akan membeli perkakas dapur berdasarkan rupa dan harga tanpa memeriksa jenis bahan yang digunakan secara terperinci. Menurut kajian, ramai yang tidak sedar bahawa sesetengah perkakas boleh mengandungi bahan kimia yang bertindak balas dengan makanan, terutama apabila digunakan pada suhu tinggi atau dengan makanan berasid.
Sebagai contoh, warna dan corak pada sesebuah pinggan mangkuk kadangkala mengandungi sejenis logam berwarna kelabu dan kebiru-biruan. Bahan ini sering digunakan untuk membuat paip dan apa yang tidak disedari ramai, apabila pinggan atau mangkuk yang diperbuat dari bahan ini terdedah kepada makanan panas, bahan kimia ini boleh larut ke dalam makanan yang disajikan. Jika digunakan berpanjangan, tanpa ia boleh menjejas kesihatan.

KUALI DAN PERIUK
Jika diperhatikan ramai juga dalam kalangan kita yang gemar memilih untuk menggunakan kuali tidak lekat atau non-stick pan. Tapi, selamatkan ia untuk digunakan apabila ia sudah bercalar? Menurut kajian, ia masih lagi boleh digunakan. Tetapi, lapisan antilekat pada kuali mungkin sudah tidak dapat berfungsi sepenuhnya.
Sebagai alternatif untuk menggantikan kuali bebas lekat ini, anda boleh pertimbangkan pilihan lain seperti menggunakan kuali dan periuk seramik, enamel, silikon selain graniteware yang bebas kimia selain dapat tahan panas dan tahan calar.
Tidak kira apa juga periuk yang penjadi pilihan anda, pastikan penjagaan yang tetap. Elak daripadfa menuang air sejuk ke dalam kuali yang panas. Pada masa yang sama usah keterlaluan menggunakan sabun pencuci pinggan yang mengandungi bahan kimia yang tinggi.

Sebaliknya cuci periuk dan kuali menggunakan sabun cecair pencuci pinggan yang ringan dengan span lembut. Jika terdapat baki makanan degil dalam periuk yang melekat, elak menanggalkannya secara paksa. Cuba rendam dahulu dengan air dan sabun pencuci agar makanan yang melekat mudah ditanggalkan. Selepas itu barulah cuci dan bilas bersih.
Beralih kepada periuk jenis aluminium pula, walaupun penampilannya kurang menawan, ia didapati mempunyai pelbagai kelebihan yang tersendiri. Antaranya, bahan aluminium dapat membentuk lapisan yang boleh melindungi dari tindak balas dengan makanan.

PAPAN PEMOTONG DAN SENDUK
Beralih kepada papan pemotong pula, yang mana satu lebih baik - plastik atau kayu? Papan pemotong digunakan hampir setiap hari, tetapi jarang diberi perhatian. Sama ada plastik atau kayu, kedua-duanya perlu dicuci dan disimpan dengan betul.
Untuk pembersihan yang lebih berkesan, pastikan untuk menggunakan sabun pencuci dan biarkan ia kering sepenuhnya setelah dicuci bersih. Jangan teragak-agak untuk menggantikan papan pemotong yang baharu jika terdapat retakan dalaman. Jika terus menggunakannya, celah retakan ini boleh menjadi tempat kuman membiak.

Beralih kepada senduk pula, yang mana satu lebih selamat digunakan - senduk kayu atau plastik?
Senduk kayu merupakan pilihan klasik dan ia dapat tahan panas dan tidak bertindak balas dengan makanan. Apabila menggunanya yang penting, pastikan ia tiada rekahan.
Sementara senduk plastik hitam pula selalunya diperbuat dari bahan polyamide. Kajian mendapati senduk plastik mempunyai risiko jika diperbuat dari bahan kitar semula seperti komponen elektronik yang sesuai hanya untuk suhu rendah bawah 70 darjah Celsius.
Bagi senduk jenis silikon pula, ia dapat tahan haba tinggi sehingga 260 darjah Celsius bergantung pada jenisnya dan merupakan pilihan yang lebih baik. Tapi, pastikan untuk tidak menggunakannya atas api untuk elakkan daripada cepat rosak.

PILIHAN BIJAK
Tidak kira apa pun jenis perkakas dapur yang menjadi pilihan, penting untuk membuat pilihan yang bijak dan fahami fungsi dan penjagaannya. Usah gunakannya sembarangan, contohnya bekas plastik tahan sejuk dijadikan untuk tempat merebus makanan. Jadikan pengetahuan sebagai panduan. Anda tidak perlu terlalu mengikut-ikut trend semata-mata.
Yang penting utamakan keselamatan dalam penyediaan makanan untuk kesihatan keluarga. Jika ada masa pada hujung minggu ini cuba luangkan masa untuk periksa kembali rak dapur.
Mungkin ada kuali yang sudah terlalu calar, senduk plastik yang sudah rapuh atau pinggan berwarna yang tidak lagi selamat. Tukar jika perlu, atau susun semula ikut keperluan. Dapur bukan sekadar tempat memasak ia juga adalah pusat penjagaan kesihatan untuk seisi keluarga.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.