Burger King lancarkan Aiskrim Avokado Pisang, Ayam Bulgogi
Tidak ingin ketinggalan di belakang McDonald's dan pencuci mulut perisa matcha yang dilancarkannya baru-baru ini, restoran makanan segera Burger King juga memperkenalkan pencuci mulut berperisa baru.
SINGAPURA: Tidak ingin ketinggalan di belakang McDonald's dan pencuci mulut perisa matcha yang dilancarkannya baru-baru ini, restoran makanan segera Burger King juga memperkenalkan pencuci mulut berperisa baru.
Boleh didapati di kesemua cawangannya bermula hari ini (17 Sep), para pelanggan boleh menikmati aiskrim berperisa avokado pisang.
Anda diberi pilihan sama ada untuk menikmati aiskrim itu dalam kon atau sundae, ataupun dengan air soda sebagai minuman float.
Anda juga boleh menikmati aiskrim berperisa avokado pisang itu dengan jus oren Minute Maid. Pelbagai rasa buah-buahan dalam satu minuman!
Selain aiskrim berperisa baru, Burger King turut melancarkan ayam goreng Bulgogi untuk menepati citarasa mereka yang menggemari hidangan ala Korea.
Selamat menjamu selera!
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.