Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Burger King lancar burger rendang, aiskrim gula melaka, pai ondeh-ondeh sempena NDP2021

Burger King kembali menawarkan edisi terhad Rendang Burger, yang diperkenalkan pada 1987. Namun kali ini, dalam versi lebih baru yang ditambah baik: Ultimate Rendang Double Angus Beef Burger

Anggaran Waktu Membaca:
Burger King lancar burger rendang, aiskrim gula melaka, pai ondeh-ondeh sempena NDP2021

(Gambar-gambar: Burger King melalui TODAY)

Diterbitkan : 08 Jul 2021 02:19PM Dikemas Kini : 08 Jul 2021 02:21PM

SINGAPURA: Burger King kembali menawarkan edisi terhad Rendang Burger, yang diperkenalkan pada 1987. Namun kali ini, dalam versi lebih baru yang ditambah baik: Ultimate Rendang Double Angus Beef Burger. Ia digandingkan dengan secawan kentang goreng dan nuget yang disiram sos rendang serta beberapa jenis pencuci mulut berperisa gula melaka - semua ini sempena meraikan Hari Kebangsaan.

Kesemua juadah itu akan disediakan di cawangan-cawangan Burger King mulai 13 Julai tetapi jika anda tidak sabar untuk menjamu burger itu, Double Ultimate Rendang Angus Beef Burger dan Rendang Shiok Shake U boleh ditempah lebih awal menerusi Deliveroo dari 9 hingga 12 Julai.

Selain menggunakan dua patti daging lembu biasa yang diselaputi sos rendang manis lagi pedas, versi terbaru ini menampilkan patti daging lembu Angus yang premium. Juga, kerangupan daging turki bacon menambahkan lagi kelazatan burger yang menggunakan ban sourdough itu. Jika anda prihatin tentang harga, Double Rendang Beef (S$6.50) dan Rendang Tendergrill Chicken (S$6.50) masih ditawarkan.

Rendang Shiok Shake Up serupa dengan promosi lalu BK, Mashed Up Fries, tetapi selain menyediakan aiskrim vanila atau cokelat bersama kentang goreng, cawan itu kini diisi makanan savuri - kentang goreng dan nuget ayam yang dibanjiri sos rendang istimewanya.

560 pelanggan pertama yang menaikkan saiz (upsize) hidangan Double Ultimate Rendang Angus Beef Burger di Deliveroo akan berpeluang menikmati secawan Rendang Shiok Shake Up secara percuma.

Onde Boleh Pie adalah pai goreng garing BK yang diisi inti adunan gula melaka dan santan kelapa, berharga S$1.80.

Terdapat juga tiga bahan baru pada menu BK yang menggunakan gula melaka: Gula Melaka BBT Green Tea Float, Gula Melaka BBT Malty Float - masing-masing berharga S$3.90 setiap satu - serta Gula Melaka BBT Sundae, berharga S$2.60.

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan