Buku kisah mantan Pengarah Muzik Pancaragam Polis SG Idris Mohd Yusof, kini diterjemah ke dalam bahasa Inggeris
Anggaran Waktu Membaca:
Book on the story of Idris Mohd Yusof, former Director of Music of the Singapore Police Band, now translated into English
- The memoir of the late Idris Mohd Yusof, former Director of Music of the Singapore Police Band, which was published in Malay in 2024, has now been translated into English by his daughter, Dr Emilia Idris.
- The book traces Mr Idris' life journey, sacrifices and contributions in modernising band music, as well as the role of the Malay community in nation-building.
- The translation project received a Writing+ grant and was launched at the National Library, with the hope of broadening understanding of Singapore's social history among a wider audience.
- The effort also received support from figures in the music and heritage sectors, who stressed the importance of documenting the stories of ordinary people for future generations.
- Memoir Allahyarham Idris Mohd Yusof, bekas Pengarah Muzik Pancaragam Polis Singapura, yang diterbitkan dalam bahasa Melayu pada 2024, kini diterjemah ke bahasa Inggeris oleh anaknya, Dr Emilia Idris.
- Buku ini mengisahkan perjalanan hidup, pengorbanan dan sumbangan Encik Idris dalam memodenkan muzik pancaragam serta peranan masyarakat Melayu dalam pembangunan negara.
- Projek terjemahan menerima geran Writing+ dan dilancarkan di Perpustakaan Negara, dengan harapan dapat memperluas pemahaman tentang sejarah sosial Singapura kepada khalayak lebih luas.
- Usaha ini turut mendapat sokongan tokoh-tokoh muzik dan warisan, yang menekankan pentingnya mendokumentasikan kisah masyarakat biasa demi generasi akan datang.
SINGAPURA: Muzik mereka berkumandang di perbarisan Hari Kebangsaan dan acara rasmi negara.
Namun mungkin tidak ramai yang mengenali tokoh-tokoh Melayu di sebalik sebahagian muzik pancaragam itu.
Antaranya ialah Allahyarham Idris Mohd Yusof, yang mengabdikan lebih empat dekad kepada Pancaragam Pasukan Polis Singapura.
IDRIS MODENKAN PANCARAGAM POLIS
Jika manusia pergi meninggalkan nama, pemergian Superintenden Idris Mohamad Yusof malah menjadi pemangkin penghasilan buku kisah hidupnya yang kini diterjemah ke dalam bahasa Inggeris buat tatapan khalayak lebih luas.
Ditulis balunya, guru bersara Zaharah Jantan, memoir itu merakam kisah cinta, pengorbanan dan daya tahan sebuah keluarga, berlatarbelakangkan perubahan Singapura.

Bermula sebagai anggota pancaragam berusia 14 tahun pada 1961, Idris kemudian menjadi Pengarah Muzik ketiga Pancaragam Polis pada 1986.
Beliau memodenkan pancaragam itu, selain memimpinnya dalam acara negara dan persembahan antarabangsa.
TERJEMAHAN LUASKAN KISAH IDRIS
Versi asal, “Aku, Idris & Muzik”, diterbitkan dalam bahasa Melayu pada 2024.
Edisi Inggeris diterjemahkan anak pasangan itu, Dr Emilia Idris.
Projek tersebut dipilih daripada sekitar 40 permohonan. Ia merupakan penerima sulung geran Writing+ bernilai $5,000, yang disokong bersama Majlis Buku Singapura dan Copyright Licensing and Administration Society of Singapore.

Dr Emilia berharap kisah peribadi seperti ini dapat membantu memelihara sejarah sosial Singapura.
"Semua orang ada cerita tersendiri. Untuk para pembaca di luar sana, saya berharap yang selepas membaca buku ini, anda juga terpanggil untuk mengongsi cerita anda sendiri. Kerana sebagai satu masyarakat, kalau kita kongsi cerita-cerita ini, ini adalah salah satu cara kita menjayakan, mengingatkan sejarah kita, budaya kita, kemasyarakatan kita dan cara hidup kita di Singapura yang unik. Dan kalau kita tidak bukukan secara kolektif, ia akan hilang begitu sahaja. Jadi saya rasa sayang," luah Dr Emilia kepada wartawan Roslinda Rahmat di majlis pelancaran buku terjemahan 'Music, Idris & Me' di The Pod, Perpustakaan Negara.
Bagi Cik Zaharah, terjemahan itu juga membolehkan sumbangan masyarakat Melayu diketahui khalayak lebih luas.
"Dalam bahasa Inggeris juga - saya mahukan bangsa-bangsa lain mengetahui bahawa kita orang Melayu turut berkembang macam bangsa-bangsa lain untuk memajukan negara kita. Jadi ini sumbangan kita terhadap negara," luah Cik Zaharah Jantan, Penulis 'Aku, Idris & Muzik'.

MUZIK MELAYU WARNAI NEGARA
Sumbangan itu turut dapat dilihat dalam bidang muzik.
Gaya kepimpinannya dikenang Zamil Utama ISEAS-Institut Yusof Ishak serta Pengerusi Orkestra Melayu Singapura Dr Norshahril Saat, yang pernah menjalani Perkhidmatan Negara dalam Pancaragam Polis ketika Encik Idris menjadi Pengarah Muzik.
Seolah meraih inspirasi daripada 'bos pertama'nya itu, Dr Norshahril juga baru-baru ini terangsang menggubah suatu skor muzik rentak baris. Dedahnya, tokoh-tokoh Melayu turut berada di sebalik muzik rentak baris yang dimainkan pada acara-acara kebangsaan.
"Kita juga perlu mengenang tokoh-tokoh masyarakat kita yang mungkin jarang sekali kita dengar. Antaranya ialah penggubah-penggubah lagu Rentak Baris yang sering kali dimainkan semasa Hari Kebangsaan. Misalnya, lagu baris tentera dan juga polis Singapura itu digubah oleh tokoh-tokoh muzik masyarakat kita," ujarnya.
RAKAMAN KEHIDUPAN SG YANG PESAT BERUBAH
Buku itu turut merakam kehidupan di Singapura sejak beberapa dekad lalu — bukan menerusi catatan rasmi, tetapi pengalaman sebuah keluarga yang melalui sendiri perubahan tersebut. Ini menjadikan lebih penting usaha mendokumentasikan kisah kehidupan seperti itu, terutama untuk tatapan khalayak lebih besar, bukan setakat untuk masyarakat Melayu sahaja.
Kongsi Dr Emilia,"Terutama dalam bab-bab awal buku ini, ibu bapa saya membesar pada era 1950-an, 60-an dan 70-an. Dalam buku ini, saya mendapat kaca mata yang baru, lensa yang baru. Saya melihat Singapura dari kanta, dari lensa yang amat menarik. Sebab saya dilahirkan pada akhir 70-an, dan saya membesar pada 80-an, 90-an. Pada masa itu saya melihat realiti saya hidup di Singapura ini sangat berbeza. Padahal baru 20, 30 tahun. Dan saya lihat anak-anak saya - realiti mereka sangat berbeza dari saya. Jadi dari segi refleksi, saya lihat kehidupan dalam Singapura ini - peredaran masa, perubahan antara sekeliling sangat cepat."

Pengerusi baharu Yayasan Warisan Melayu, Dr Roszalina Rawi, yang merupakan sahabat keluarga Allahyarham turut menyokong usaha menyemarakkan lagi kisah sumbangan masyarakat Melayu.
"Pentingnya kita menulis memoir seperti ini adalah kerana sebenarnya sejarah ini boleh dilihat daripada kaca mata orang biasa. Dan sejarah yang dilihat dari kaca mata orang biasa kadang-kadang lebih menyeluruh daripada apa yang kita lihat dalam buku-buku teks sahaja dan sebagainya," ujarnya.
Terjemahan itu kini membawa kisah tersebut melampaui keluarga dan bahasa asalnya — agar sumbangan masyarakat Melayu kepada muzik, khidmat awam dan pembangunan Singapura turut dikenali generasi seterusnya.

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/rl
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.