Bukannya menyihatkan, terlalu banyak makan pisang boleh timbulkan masalah kesihatan
Pisang merupakan buah yang sangat mudah ditemui dan harganya juga murah. Baik di rumah atau di warung, buah ini mudah ditemui dan banyak dimakan.

Gambar hiasan. (Gambar: merdeka.com/ Huffingtonpost.com)
JAKARTA: Pisang merupakan buah yang sangat mudah ditemui dan harganya juga murah. Baik di rumah atau di warung, buah ini mudah ditemui dan banyak dimakan.
Buah ini boleh membantu perut menjadi lebih kenyang. Oleh kerana mempunyai manfaat kesihatan, ramai yang memakan buah ini setiap hari.
Namun sekiranya buah ini dimakan terlalu banyak, buah ini sebaliknya boleh menimbulkan masalah kesihatan. Antaranya ialah, ia boleh menyebabkan masalah usus atau alahan.
Berikut antara masalah yang anda mungkin anda alami jika terlalu banyak makan pisang:
Alergi (Alahan)
"Para individu yang alergi terhadap lateks berisiko tinggi untuk alergi terhadap buah-buahan seperti pisang, avokad, buah kiwi, dan chestnut," menurut kajian dari livestrong.com.
"Reaksi alergi yang berlaku adalah kegatalan pada bahagian mulut apabila anda menelan pisang," menurutnya lagi.
Migrain
Pisang mengandungi asam amino tirosin yang ketika masuk ke dalam tubuh berubah menjadi tyramine. Tyramine ini akan menyebabkan sakit kepala berupa migrain. Jika anda sudah menghidap migrain dalam waktu lama, sebaiknya anda berjumpa doktor.
Gangguan Pencernaan
Makan satu pisang setiap hari tidak akan menyebabkan masalah pencernaan. Namun jika terlalu banyak makan pisang anda boleh mengalami cirit-birit dan perut kembung. Ini kerana, pisang kaya dengan serat.
Manfaat Pisang
Pastikan anda makan pisang pada kadar berpada-pada kerana ia mengandungi manfaat kesihatan. Pisang mengandungi kalori, Vitamin B dan vitamin C.
Pisang juga memiliki kandungan kalium yang sangat penting bagi tubuh. Hal ini boleh menurunkan tekanan darah dan membuat saraf serta otot berfungsi dengan baik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.