Bukan setakat cantikkan kuku, inai juga punyai pelbagai khasiat yang tidak diketahui ramai
(Gambar: Unsplash)
BERITAmediacorp: Sejak kebelakangan ini inai semakin disebut-sebut dan dijadikan sebahagian daripada tatarias selain untuk tujuan perniagaan.
Ramai dalam kalangan wanita yang mengikut trend mewarnakan kuku dengan inai agar kelihatan lebih menyerlah dan cantik.
Jika dulu inai hanya dipakai oleh mempelai serta keluarga semasa malam berinai di majlis persandingan, kini inai dijadikan perhiasan jari tidak kira masa dan musim.
Yang terkini, ramai yang mendapat pengaruh daripada selebriti terkenal seperti Neelofa dan Rozita Che Wan, yang masing-masing menghasilkan inai jenama tersendiri.
Menyentuh tentang inai keluaran selebriti yang kian popular ini, salah seorang penjual Innai Nunha Neelofa di Singapura, Cik Seri Rahayu Md Jamil berkongsi bahawa inai jenama ini dihasilkan daripada bahan asli dan tidak mempunyai bau inai yang selalunya tidak disenangi ramai.
”Produk Innai Nunha Neelofa dapat bertahan lama dan warnanya tidak cepat luntur walaupun anda kerap mencuci pinggan mangkuk di dapur. Ia tidak mengandungi bahan pewarna dan hanya menggunakan bahan semula jadi,” jelas Cik Seri yang turut menjual produk-produk kecantikan pelbagai jenama secara online di Instagram @bysery.co.
Menurutnya lagi, sejak Innai Nunha Neelofa dilancarkan di Singapura beliau telah menjual hampir 50 kotak dalam masa beberapa hari dan permintaannya masih terus meningkat.
“Kalau diselidik inai ternyata mempunyai banyak khasiatnya. Ia dapat memberi manfaat pada kesihatan secara menyeluruh. Terpulanglah pada pilihan masing-masing, yang penting elakkan daripada menggunakan inai yang mempunyai bahan campuran kimia dan sebagainya,” kata Cik Seri.
KHASIAT INAI
Nama saintifiknya Lawsonia Inermis dan ia merupakan sejenis pokok yang mempunyai pelbagai khasiat selain nilai perubatan yang tinggi terutama pada bahagian daunnya. Ia berasal dari Afrika Utara ke Arab, Sepanyol dan seterusnya ke India.
_20200108_095417-scaled-e1592531801649-1024x966_0.jpg)

Pokok inai mempunyai banyak ranting dan namanya berasal dari perkataan Arab Hina (daun henna). Daun ini selalunya dikeringkan dan ditumbuk untuk dijadikan serbuk. Ia kemudian dicampurkan air untuk dijadikan pes.

Inai mempunyai pelbagai kegunaan. Selain dilekatkan pada jari, dilukis pada kulit, ia juga sering disapukan pada rambut. Namun, jika ingin memakai inai, pilih atau pakailah inai yang asli.
Elak daripada membeli atau menggunakan inai yang sudah dicampuri dan diproses dengan kimia yang digelar para-phenylenediamine (PPD). Jika kulit sensitif anda akan mengalami alahan pada bahan campuran PPD dan setelah menggunakannya kulit akan berasa gatal satu badan dan melecet jika digaru.
MANFAAT INAI
Selain dapat mencantikkan jari-jemari, daun inai didapati mempunyai pelbagai nilai perubatan yang tinggi. Tidak hairanlah jika ia dijadikan sebagai bahan perubatan sejak berkurun lamanya dan sekaligus dikenali sebagai agen penyejuk.
Terbukti, dengan cara penggunaan yang tepat, ia dapat membantu untuk merawat pelbagai masalah rambut, kulit, luka dan banyak lagi.
Rambut gugur dan botak
Ambil daun inai dan rebuskan dengan biji sawi. Sapukan ramuan ini pada kulit kepala. Biarkan seketika dan bilas bersih. Lakukan secara rutin dan lihat perbezaannya.
Sakit kulit dan kepala
Daun inai sering digunakan oleh orang-orang India dan disapukan pada kulit untuk merawat penyakit kulit dan bisul. Mereka juga akan menggunakan daunnya untuk merawat pening dan rasa panas di bahagian kaki.
Rawat luka
Daun inai yang sudah dijadikan serbuk didapati mampu untuk merawat luka pada kulit seperti bisul, penyakit kulit dan juga sengal tulang.
Pening dan bisul
Bunga pokok inai dapat membantu untuk merawat pening dan sakit kepala akibat cuaca panas terik. Ambil bunga inai dan campurkan dengan sedikit cuka dan letakkan bunga inai pada sekeliling kepala. Selain itu, akar-akar dan palpa pokok inai juga boleh digunakan untuk merawat bisul.
Hentikan pendarahan dan sakit tekak
Orang India sering menggunakan air inai sebagai penyegar untuk mengecutkan tisu-tisu dalam tubuh selain mengurangkan pendarah berlebihan. Ada juga mendapati air inai dapat melegakan sakit tekak.
Rawat kuku
Ubat luka di sekeliling kuku. Caranya, bersih dan tumbuk daun inai sehingga lumat, sapukan pada bahagian yang sakit untuk kurangkan bengkak. Rasa sakit akan reda, bengkak dan kelurut juga akan dapat dielakkan.
Kulit pokok inai
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.