Bukan sekadar hidangan kenduri: Sambal goreng pengantin lambang keharmonian dalam setiap suapan
Dari hidangan untuk sahur, buka puasa dan pastinya Hari Raya, sambal goreng pengantin terus memikat selera ramai.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dari hidangan untuk sahur, buka puasa dan pastinya Hari Raya, sambal goreng pengantin terus memikat selera ramai. Bukan sekadar lauk berempah, ia lambang tradisi, kesabaran dan kasih sayang yang menyatu dalam setiap suapan.
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa hidangan tradisional yang enak ini begitu unik dan dinamakan Sambal Goreng Pengantin? Nama dan kaitannya dengan pengantin menjadikannya berbeza daripada sambal goreng biasa atau lauk pauk yang lain.
Semasa kecil dahulu, saya sendiri sering tertanya-tanya akan maksud di sebalik nama sajian ini. Pada ketika itu, ia dianggap sebagai hidangan istimewa yang muncul di meja makan ketika kenduri, majlis atau perayaan seperti Hari Raya. Namun, setelah mendalami sejarah serta makna yang tersirat, barulah saya benar-benar memahami betapa istimewa dan bermaknanya sambal goreng pengantin dalam budaya masyarakat Melayu.
Menurut cerita orang-orang lama, sambal goreng pengantin melambangkan keseimbangan dan perpaduan. Bahan-bahan dalam sajian ini bukan sahaja memainkan peranan penting untuk menghasilkan rasa yang sempurna ia juga mencerminkan harapan agar pasangan pengantin menjalani rumah tangga yang seimbang, harmoni dan sejahtera.
Selain itu, ia juga membawa makna simbolik yang menggambarkan kemeriahan, kesyukuran dan kelaziman tradisi dalam sesuatu sambutan. Lantas, tidak hairanlah jika sambal goreng pengantin sering dihidangkan dalam majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga ketika sambutan lebaran.
SAMBAL GORENG PENGANTIN, SAMBAL GORENG BIASA
Walaupun namanya hampir sama, sambal goreng pengantin jelas berbeza daripada sambal goreng biasa yang menggunakan tempe, suun, kacang panjang dan tauhu. Sebaliknya, keistimewaan terletak pada kepelbagaian bahan utama seperti daging, tetel, paru, hati lembu dan udang yang dimasak bersama rencah dengan penuh teliti.

Aroma rempah yang harum seakan memenuhi dapur. Setiap bahan memberikan tekstur dan rasa tersendiri, menjadikan setiap suapan kaya, beraroma dan menggugah selera. Gabungan rasa pedas, manis dan lemak menghasilkan hidangan yang memikat dan akan membuatkan sesiapa sahaja rasa terliur untuk menikmatinya berulang kali.
Hidangan ini sesuai dinikmati bersama nasi hangat, ketupat, lontong atau lemang, menjadikannya pilihan yang tepat untuk sahur, berbuka selain sajian pada musim Hari Raya. Dengan gabungan bahan yang teliti dan rasa yang sempurna, tidak hairanlah jika lauk sambal goreng pengantin mudah memikat selera ramai.
SAMBAL GORENG PENGANTIN 5 BINTANG
Walaupun zaman sudah berubah dan semakin moden, sambal goreng pengantin masih kekal dihargai. Menariknya, terdapat generasi yang lebih muda yang masih mengekalkan dan memelihara hidangan warisan ini, memastikan rasa dan tradisinya kekal.
Antaranya, Cik Amy Jufri, 38 tahun. Hampir setiap minggu beliau akan membuka tempahan sambal goreng pengantin autentiknya melalui akaun Instagram dan Facebook @amyjufbrownies.
Menurut suri rumah ini, inspirasi untuk menjual sambal goreng pengantin tercetus daripada minat mendalamnya terhadap masakan tradisional serta keinginan untuk memelihara hidangan warisan ini.
“Pada tahun 2023, saya hanya masak sambal goreng pengantin untuk keluarga dan rakan terdekat sahaja. Tapi, selepas menerima sambutan yang sangat positif, ia mendorong saya untuk mengambil tempahan secara lebih serius,” kata Cik Amy yang bermula dengan mengambil tempahan brownies dan biskut.
Menurutnya, hidangan sambal goreng pengantin sangat dekat di hatinya kerana mengingatkannya pada arwah nenek dan ibu, serta jamuan keluarganya dahulu. Proses memasaknya yang panjang sering dilakukan bersama dan ia mengajarnya bahawa makanan bukan sekadar untuk dinikmati sahaja, tetapi ia juga adalah antara cara untuk beliau mengeratkan hubungan kekeluargaan. Sejak itu, minatnya terhadap masakan tradisional semakin mendalam.
Beliau juga berkongsi bahawa sambal goreng pengantin tidak boleh dimasak secara tergesa-gesa. Setiap bahan perlu dimasak pada masa yang tepat agar rasanya sebati, seimbang dan dapat tahan lebih lama. Selain itu, penyediaan hidangan ini bukan sekadar tentang keenakan, tetapi juga mutu dan tradisi.

“Bagi saya, sambal goreng pengantin yang benar-benar istimewa terhasil daripada keseimbangan rasa serta penggunaan bahan yang segar. Ia dimasak dengan penuh kesabaran dan ketelitian supaya setiap ramuan menyerap sambal tanpa menghilangkan rasa asalnya. Untuk membuat sambal goreng pengantin, prosesnya mengambil masa lebih dari 5 hingga 6 jam dan di situlah terletaknya nilai serta keunikan hidangan ini,” jelas Cik Amy.
Menyentuh tentang rahsia keenakan sambal goreng pengantinnya yang digemari ramai, Cik Amy menekankan kepentingan keseimbangan rasa lemak dan pedas yang sederhana agar ia sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur.
“Bahan-bahan seperti paru, daging lembu dan udang harus direbus dan digoreng terlebih dahulu bagi menghilangkan bau hanyir serta memastikan mutu hidangan sentiasa terjaga,” katanya.
Pada masa yang sama, Cik Amy juga berkongsi tip untuk menyimpan sajian ini agar ia dapat bertahan lebih lama. Katanya, “Simpan sambal goreng pengantin dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk, dan panaskan jumlah yang diperlukan bila hendak menikmatinya. Dengan cara ini, rasanya tetap enak untuk dinikmati.”
Setiap hujung minggu, tempahan sambal goreng pengantin Cik Amy sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan. Rasanya yang padu serta penggunaan bahan yang tidak berkira menjadikan sajian ini pilihan ramai. Bayangkan keenakan udang segar, daging dan tetel yang digabungkan dalam sambal yang sederhana pedas, manis dan berempah, cukup menyelerakan untuk dinikmati.
Cik Amy juga berkongsi antara kesilapan biasa ketika menyediakan sambal goreng pengantin ialah memasaknya sehingga terlalu kering atau terlalu berminyak. Proses menumis yang dilakukan secara tergesa-gesa juga boleh menyebabkan rempah tidak masak sempurna, sekali gus menjejaskan aroma dan rasa hidangan tersebut.
SAJIAN VERSATIL
Selain menikmatinya bersama nasi, sambal goreng pengantin juga serasi dipadankan dengan pelbagai juadah lain seperti ketupat, lontong dan lemang, terutamanya ketika musim perayaan. Ternyata, hidangan ini jelas mencerminkan budaya masyarakat Melayu yang menitikberatkan keseimbangan rasa serta kesempurnaan dalam penyediaan makanan.
Pada masa yang sama, ia menggambarkan kreativiti dan kemahiran orang Melayu dalam memanfaatkan bahan tempatan untuk menghasilkan hidangan yang bukan sahaja lazat, malah sarat dengan nilai sentimental.
Sambal goreng pengantin bukan sekadar sajian tradisional, tetapi lambang citarasa, budaya dan identiti masyarakat Melayu. Mencubanya sendiri, sama ada memasak atau menikmatinya, adalah satu cara untuk menghargai serta meneruskan warisan masakan ini agar terus dikenali oleh generasi akan datang.
Lebih daripada sekadar lauk, sambal goreng pengantin adalah warisan rasa dan budaya yang penuh dengan cerita, kenangan dan keharmonian. Walaupun namanya kedengaran unik, hakikatnya ia merupakan hidangan yang sarat dengan makna, tradisi dan kasih sayang.
Menjelang Ramadan dan Syawal nanti, jika teringin untuk menikmati sambal goreng pengantin asli pastikan untuk buat tempahan awal melalui FB atau IG @amyjufbrownies agar tidak terkilan nanti!

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.