Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bukan rumah sahaja, kening juga dihias sempena musim Krismas!

 Persiapan bagi musim perayaan Krismas berlangsung dalam pelbagai cara. Ini termasuklah mencari dan memberi hadiah bagi saudara-mara dan sahabat-handai mereka sempena musim tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Bukan rumah sahaja, kening juga dihias sempena musim Krismas!

Gambar: melimsurdy/Instagram

Diterbitkan : 25 Dec 2017 02:50PM Dikemas Kini : 25 Dec 2017 03:02PM

HONG KONG: Persiapan bagi musim perayaan Krismas berlangsung dalam pelbagai cara. Ini termasuklah mencari dan memberi hadiah bagi saudara-mara dan sahabat-handai mereka sempena musim tersebut.

Yang pasti banyak rumah sudah dikemas dan dihias bagi menyambut tetamu hari ini (25 Dis).

Malah, tidak kurang juga mereka yang sibuk ‘menghias’ kening bagi musim Krismas! Ya, anda tidak salah baca - kening! Bukan mekap biasa-biasa, tetapi luar biasa!

Beginilah telatah sesetengah pengguna media sosial yang memuat naikkan selfie dengan kening berhias ala pokok Krismas – termasuk dengan menggunakan manik, pelekat dan bermacam-macam lagi.

Yang pasti, trend menarik ini dimulakan oleh pengguna Instagram, Taylor R, seorang rakyat Kanada yang kini berpangkalan di Hong Kong.

Bahkan, seperti ditukil Mirror UK, anda hanya perlu mengasing-asingkan kening anda dan membentukkannya seperti dahan pokok fir. Kemudian, tambahkan manik, bintang ataupun hiasan menarik lain pada kening itu.

Sebilangan pengguna yang sudah mencuba trend ini juga sehingga ‘menghijaukan’ kening mereka, seperti pokok Krismas!

Mungkinkah trend ini akan melanda Singapura juga pada tahun-tahun mendatang? Atau menghias kening dengan ketupat sempena Hari Raya nanti? Kita lihat nanti…

Sumber : Agensi berita/IM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan