Budak nakal terperangkap dalam lif selepas kencingkan panel butang
Seorang budak lelaki di bahagian Barat Daya China menerima padah apabila cuba ‘menghiburkan diri’ dengan membuang air kecil dalam lif termasuk pada panel kawalan.

Petikan skrin video.
CHONGQING: Seorang budak lelaki di bahagian Barat Daya China menerima padah apabila cuba ‘menghiburkan diri’ dengan membuang air kecil dalam lif termasuk pada panel kawalan.
Perbuatan nakalnya itu menyebabkan litar pintas dan dia terperangkap selama beberapa jam.
Lebih memalukan lagi, perbuatannya itu dirakam kamera litar tertutup dan kemudian dimuat naik di media sosial oleh Kementeriaan Keselamatan Awam, menurut laporan South China Morning Post.
(Video: Crazy China Videos/Youtube)
Video tersebut menunjukkan budak lelaki itu memasuki lif di salah sebuah blok flat di Chongqing sebelum menekan butang aras rumahnya. Dia kemudian membuang air kecil ke arah butang-butang. Dia dilihat senyum seorang diri sambil memakai seluar, menunggu lif sampai ke destinasi.
Malangnya, pintu lif gagal dibuka sepenuhnya apabila sampai ke tingkat rumah budak berkenaan. Bahkan, semua butang lif mula berkelip-kelip dan budak itu dilihat resah sebelum lampu dalam lif terpadam.
South China Morning Post melaporkan bahawa kementerian keselamatan menyebarkan video berkenaan di akaun Weibonya dengan tajuk “Jangan nakal!”. Perbuatannya itu juga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Komen yang paling popular berbunyi :“Budak nakal, pastinya dibesarkan ibu bapa yang nakal juga.” Ada pula yang menulis: “Jangan lupa minta ibu bapanya membayar ganti rugi kerosakan.”
Namun, menurut laporan Beijing News, ibu bapa budak itu tidak mempercayai bahawa anaknya terlibat dalam insiden tersebut. Tambahan pula, budak itu sendiri tidak mengaku melakukan kesalahan tersebut.
Kementerian tersebut tidak menyatakan sama ada ia mengambil tindakan terhadap budak lelaki itu atau ibu bapanya namun mengesahkan dia berjaya dikeluarkan dari lif.
Tahun lalu, South China Morning Post melaporkan bahawa insiden yang serupa berlaku di mana budak lelaki enam tahun cedera teruk ketika cuba memanjat keluar lif yang terhenti di tingkat tujuh selepas panel butangnya dibasahi air kencing.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.