Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Budak lelaki ini raih pujian warganet, pandai masak char kuey teow

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Memang tidak dinafikan, persoalan bahawa urusan memasak adalah tanggungjawab wanita semata-mata sudah tidak relevan lagi.

Begitu juga dengan tanggapan bahawa wanita sahaja yang pandai memasak.

Tular di media sosial baru-baru ini, video yang memaparkan kehebatan seorang budak lelaki enam tahun sedang memasak di dapur.

Hidangan yang disajikan pula adalah char kuey teow untuk bapanya. Caranya memasak dengan begitu tenang dan bersahaja di dapur mendapat perhatian ramai, lapor Says MY.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen memuji budak itu yang begitu mahir memasak satu hidangan yang menjadi kegemaran ramai. Mentelah lagi bukan mudah menggoreng char kuey teow agar tidak lembik, hancur dan kembang.

Video berkenaan sudah ditonton lebih 585,000 kali dan meraih 8,000 tanda suka di Twitter.

"Saya pada umur enam tahun hanya tahu 'masak-alah' sahaja," tulis seorang warganet.
 
Sumber : Agensi berita/HY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan