Botak tengah? Ini antara punca tidak diketahui ramai lelaki
Penjagaan rambut lazimnya tertumpu kepada golongan wanita.
MASKULIN: Penjagaan rambut lazimnya tertumpu kepada golongan wanita.
Ini lebih-lebih lagi kerana rambut dianggap sebagai mahkota kaum wanita.
Namun lelaki pada zaman moden kini sudah banyak berubah dan ramai yang semakin peka terhadap pentingnya menjaga kondisi dan kesihatan rambut.
Di pasaran sahaja, pelbagai produk dijual untuk penjagaan rambut kaum Adam.
Antara masalah yang sering dihadapi oleh kaum lelaki adalah masalah keguguran rambut yang mendedahkan mereka kepada risiko mengalami 'botak tengah'.
Kaum lelaki yang mengalami 'botak tengah' juga berisiko kelihatan lebih berumur berbanding usia mereka yang sebenar.
Demi memastikan rambut anda kekal lebat dan rapi, berikut adalah lima kesilapan biasa yang harus anda elakkan dalam penjagaan rambut:
1. KERAP GUNA PENGERING RAMBUT
Pastikan anda tidak menggunakan pengering rambut terlalu kerap kerana ia boleh memberikan kesan dalam jangka panjang.
Jika anda perlu menggunakannya, pastikan anda tidak menggunakannya lebih daripada sekali dalam sehari.
Ini kerana haba panas yang dihasilkan oleh pengering rambut boleh merosakkan rambut jika ia kerap digunakan.
2. GUNA PRODUK BERLEBIHAN
Ini satu lagi kesalahan yang sering dilakukan oleh kaum lelaki.
Ketika menggayakan rambut, pastikan anda tidak menggunakan lebih daripada dua produk.
3. TIDAK PILIH GAYA RAMBUT SESUAI DENGAN GAYA HIDUP
Kesilapan pertama yang sering dilakukan oleh kaum lelaki ketika memilih gaya rambut adalah mereka tidak membuat pilihan yang sesuai dengan gaya hidup mereka.
Misalnya, jika anda seseorang yang perlu bangun awal untuk keluar bekerja dan hanya mempunyai masa singkat untuk bersiap, elakkan gaya rambut yang terlalu rumit untuk digayakan.
Tentu sekali, anda tidak akan ada masa untuk basuh, mengeringkan, menggayakan rambut dengan pelbagai produk setiap hari.
4. KERAP CUCI RAMBUT
Tahukah anda bahawa kulit kepala kita menghasilkan sejenis minyak semula jadi yang bertujuan untuk melindungi kulit kepala?
Sememangnya tidak salah untuk mencuci rambut, namun pastikan ia tidak terlalu kerap.
Cukup sekadar apabila anda hendak mandi di waktu pagi dan malam.
5. SYAMPU 2 DALAM 1
Sebaiknya, elakkan penggunaan syampu 2 dalam 1 atau syampu yang digabungkan dengan perapi atau 'conditioner'.
Memang tidak dinafikan bahawa produk sedemikian boleh menjimatkan, namun ia sebenarnya tidak memberikan kesan dan hasil yang sama seperti menggunakan syampu dan perapi secara berasingan.
LAPORAN BERKAITAN: Rambut selalu gugur? Tabiat harian ini punca lelaki cepat botak
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.