Skip to main content

Gaya Hidup

Bosan dengan lelaki, wanita di Mexico kahwin pokok

Pelik tapi benar. Sesetengah wanita di Mexico sudah bosan dengan kerenah kaum lelaki lalu memilih untuk berkahwin dengan pokok.

Anggaran Waktu Membaca:
Bosan dengan lelaki, wanita di Mexico kahwin pokok

Gambar: REUTERS

Diterbitkan : 28 Feb 2018 09:36PM Dikemas Kini : 04 Mar 2018 10:56PM

OAXACA, MEXICO: Pelik tapi benar. Sesetengah wanita di Mexico sudah bosan dengan kerenah kaum lelaki lalu memilih untuk berkahwin dengan pokok.

(Video: RUPTLY/Youtube)

Apa tidaknya, pasangan mereka lebih senang dilayan kerana tidak banyak bercakap, berketrampilan tinggi dan banyak berbakti kepada bumi.

Maka, tidak hairanlah jika pokok menjadi rebutan golongan wanita dalam ‘sekitaran’ berpacaran zaman ini.

Namun, sebelum anda menarik diri daripada aplikasi-aplikasi mencari pasangan, barang diingat bahawa pernikahan dengan sebatang pokok tidak sah di sisi undang-undang.

Perkahwinan sedemikian juga sebenarnya memang sengaja direka untuk menarik perhatian orang ramai tentang pentingnya memelihara sumber alam semula jadi ini.

Upacara perkahwinan yang berlangsung di San Jacinto Amilpas di wilayah Oaxaca, Mexico, ini menurut laporan Metro diadakan bagi memupuk kesedaran orang ramai terhadap isu pembalakan haram yang semakin membimbangkan di sana.

Oaxaca merupakan salah satu daripada lima wilayah yang paling teruk dilanda masalah pembasmian hutan yang dikuasai kumpulan-kumpulan penjenayah.

Justeru upacara perkahwinan dengan pokok, dapat meningkatkan kesedaran tentang usaha-usaha membanteras kegiatan pembalakkan haram dan kepentingan memelihara sumber alam jadi. 

Sumber : Agensi berita/SM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita