Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bolehkah wanita hamil makan makanan pedas?

Ramai pasti pernah mendengar wanita hamil tidak seharusnya makan makanan-makanan pedas kerana dikhuatiri janin dalam rahim "kepanasan".

Anggaran Waktu Membaca:
Bolehkah wanita hamil makan makanan pedas?

Gambar hiasan wanita hamil. (Gambar: AFP/Loic Venance)

Diterbitkan : 09 Mar 2019 03:51PM Dikemas Kini : 09 Mar 2019 03:52PM

INDONESIA: Ramai pasti pernah mendengar wanita hamil tidak seharusnya makan makanan-makanan pedas kerana dikhuatiri janin dalam rahim "kepanasan".

Hakikatnya, ketakutan itu sebenarnya tidak berasas. Wanita hamil boleh makan makanan pedas. Hanya sahaja, wanita hamil harus tetap berpada-pada.

Menurut para pakar perubatan, tidak ada kaitan antara makanan pedas dengan perkembangan janin dan mereka mengesahkan ibu hamil boleh makan makanan pedas.

Namun, wanita hamil diingatkan bahawa makanan pedas akan membuat mereka lebih sering berasa mual, sakit perut atau muntah. Perkara itu juga mungkin akan dialami kerana perubahan hormon.

Maka itu, pakar-pakar menasihati golongan ini supaya mengimbangi pengambilan makanan pedas dengan makanan lain, yang turut diperlukan oleh janin dalam rahim.

Jika anda tidak dapat menahan diri daripada memakan makanan pedas semasa mengandung pula, elakkan diri daripada memakan snek-snek pedas dan sebaliknya memakannya semasa makan tengah hari.

Jangan memakan makanan pedas pada sebelah malam kerana menurut pakar, ia akan membuat anda sakit perut pada keesokan harinya.

Setelah memakan makanan pedas pula, pastikan anda meminum susu untuk mengimbangi rasa pedas.  

Sumber : Agensi berita/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan