Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bolehkah seorang pesakit kencing manis makan gula? Jawapannya 'ya' tetapi...

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Topik berkontroversi dalam kalangan pesakit kencing manis semestinya penggunaan gula yang berlebihan.

Terdapat banyak stereotaip serta stigma yang dikaitkan dengannya.

Seperti bolehkah anda makan gula jika menghidap penyakit kencing manis? Jawapan ringkas - Ya. Tetapi, perincian dan konteksnya penting untuk difahami.

Makanan dan minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan kadar glukos yang lebih tinggi dan mendadak.

Inilah yang harus dielakkan untuk para pesakit kencing manis jenis 2.

Gula dikenali dengan 61 nama berlainan. Itulah yang menjadikannya lebih sukar untuk dikesan. Antaranya, termasuk sirap jagung fruktosa tinggi dan glukos. Walau apapun nama yang diberikan, ia masih gula.

Tahun lalu, 168 juta tan gula digunakan di seluruh dunia. Jumlah ini cukup untuk mengisi lebih 42 ribu kolam renang saiz olimpik.

Gula paling banyak digunakan di Amerika Syarikat. Setiap orang di negara itu mengambil sekitar 17 sudu teh gula sehari. Ini hampir tiga kali ganda had yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Sumber utamanya adalah minuman botol seperti soda dan minuman dalam botol.

Satu botol minuman ringan 600 mililiter boleh mengandungi 16 sudu teh gula tambahan. Jus buah-buahan dalam botol dan minuman bertenaga pula mengandungi jumlah gula yang sama, sekitar 14 sudu teh.

Malah kotak susu berperisa juga mengandungi sembilan sudu teh gula tambahan.

Ada juga kandungan gula di dalam makanan biasa. Sebagai contoh, sos tomato mengandungi satu sudu teh gula bagi setiap sudu besar.

Dua sudu besar sos salad 'roasted sesame' pula mengandungi tiga gram pemanis. Bar granola yang sering dianggap snek yang sihat juga boleh mengandungi hampir tiga sudu teh gula.
Sumber : CNA/AT/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan