Bolehkah anda benar-benar bebas daripada bahan kimia plastik?
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: The New York Times melalui CNA)
SINGAPURA: Dalam dokumentari baharu di Netflix, The Plastic Detox, enam pasangan yang mengalami ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan berusaha untuk membebaskan kehidupan mereka daripada bahan kimia plastik.
Ini dengan harapan bahawa usaha itu akan meningkatkan peluang mereka untuk menimang cahaya mata.
Mereka membuang penyegar udara dan papan pemotong, dan cuba menggunakan berus gigi buluh dan deodoran yang dibungkus dalam papan kertas.
"Adakah kita akan hamil disebabkan ini?" tanya seorang peserta. "Saya tidak tahu."
Individu yang membimbing mereka dalam perjalanan ini ialah Shanna Swan, seorang ahli epidemiologi berusia 89 tahun yang menghabiskan sebahagian besar kerjayanya mengkaji kesan bahan kimia persekitaran terhadap kesihatan reproduktif.
Dalam filem itu, Dr Swan, seorang profesor perubatan alam sekitar di Sekolah Perubatan Icahn di Mount Sinai di New York, memantau sumber plastik dalam kehidupan seharian peserta dan mengenal pasti alternatifnya.
Sepanjang "tempoh intervensi" selama tiga bulan, beliau mengukur kepekatan bahan kimia dalam air kencing dan jumlah sperma mereka.
Premis dokumentari ini menarik: Kurangkan bahan kimia plastik daripada hidup anda, dan tingkatkan kesuburan anda. Namun ia tidak mudah seperti yang dijangka.
"Ia bukan 'kajian saintifik'," akui Dr Swan dalam filem itu.
"Kami tidak mempunyai kumpulan kawalan, ia sangat kecil," katanya.
Tidak jelas bahawa mengurangkan pendedahan harian kepada bahan kimia sedemikian seperti yang dilakukan oleh peserta ini boleh meningkatkan kesuburan individu dewasa.
Dalam filem tersebut, Dr Swan berkata beliau tidak mahu menakutkan orang ramai tetapi sebaliknya mendidik mereka. "Ini juga sesuatu yang perlu kita berikan perhatian," katanya.
KEBIMBANGAN MENGENAI PLASTIK
Jika anda ingin melihat dengan teliti bahan-bahan plastik dalam hidup anda, adalah lebih baik untuk memahami apa sebenarnya yang perlu anda risaukan terlebih dahulu.
Adalah penting untuk membezakan antara mikroplastik dan 'plasticisers', kata Matthew Campen, seorang profesor sains farmaseutikal di Universiti New Mexico.
Mikroplastik ialah kepingan plastik kecil, yang biasanya tertanggal akibat 'haus dan lusuh' pada plastik yang lebih besar - contohnya, beg plastik guna sekali saja atau pakaian yang diperbuat daripada fabrik sintetik.
'Plasticiser' ialah bahan kimia seperti bisfenol dan ftalat yang sering ditambah pada plastik, seperti botol boleh guna semula atau mainan mandian, untuk menjadikannya tegar atau fleksibel.
Berdasarkan kajian, 'plasticiser' lebih menimbulkan kebimbangan terhadap kesihatan reproduktif.
Bisfenol (termasuk BPA) dan ftalat adalah sebahagian daripada kelas bahan kimia yang dipanggil pengganggu endokrin kerana ia mengganggu hormon, kata Andrea Gore, seorang profesor farmakologi dan toksikologi di Universiti Texas di Austin.
BOLEHKAH KITA ELAK PLASTIK SEPENUHNYA?
Mungkin tidak, kata Dr Swan. Plastik ada di mana-mana - dalam pembuat kopi, pakaian, sofa dan bahan yang digunakan untuk membina rumah kita.
Namun anda boleh membuat perubahan yang mengurangkan pendedahan anda.
Sebagai permulaan, anda boleh mula dengan makanan dan air.
Beli makanan segar apabila boleh, untuk mengurangkan pendedahan anda kepada ftalat dalam pembungkus makanan.
Panaskan makanan anda dalam bekas kaca atau seramik dan bukannya plastik, yang boleh memindahkan bahan tambahan kimia ke dalam makanan anda apabila dipanaskan.
Minum air paip dan bukannya air botol untuk mengelakkan bahan kimia yang boleh meresap ke dalam air dan untuk mengurangkan sisa plastik.
Elakkan produk penjagaan diri dan rumah yang mengandungi "wangian" atau "parfum" pada labelnya.
Bahan-bahan ini boleh menandakan kehadiran ftalat, yang digunakan dalam barangan seperti detergen pakaian, krim tangan dan minyak wangi untuk mengekalkan aroma, kata Dr Swan.
Berhati-hati juga dengan sumber yang kurang jelas, seperti pelapik dalam makanan dalam tin dan resit kertas, yang kedua-duanya mungkin mengandungi bisfenol.
Bukan semua orang mempunyai sumber untuk membuat perubahan ini, dan mengurangkan pendedahan secara meluas memerlukan perubahan dasar, kata pakar.
Dr Campen membandingkannya dengan perubahan sistemik yang berlaku apabila saintis menyedari bahaya kesihatan plumbum.
"Kami mengeluarkan plumbum daripada petrol dan cat," katanya. "Tiada huraian pantas," tambahnya.
BOLEHKAH USAHA ELAK PLASTIK UBAH TAHAP KESIHATAN?
Sejumlah besar bukti mengaitkan pengganggu endokrin dengan pelbagai hasil kesihatan negatif, kata Dr Gore.
Selain ketidaksuburan, ini termasuk penyakit kardiovaskular dan gangguan perkembangan saraf seperti ADHD.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa mengurangkan pendedahan anda kepada plastik dan bahan kimia di dalamnya mungkin tidak mencukupi untuk menghentikan bahaya ini.
“Malah pendedahan dos yang sangat, sangat rendah semasa tempoh perkembangan sensitif boleh memberi kesan, dan kesan tersebut boleh kekal,” kata Dr Gore.
Satu kajian pada 2015 oleh Dr Swan terhadap hampir 1,000 wanita hamil, sebagai contoh, mencadangkan bahawa pendedahan kepada ftalat dalam kandungan boleh mengganggu perkembangan reproduktif pada bayi lelaki.
Kesan mikroplastik terhadap kesihatan masih kurang jelas.
Beberapa kajian, termasuk kajian Dr Campen, mengaitkannya dengan demensia dan penyakit kardiovaskular.
Kajian lain mencadangkan ia menjejas kesihatan reproduktif. Namun buat masa ini, kajian itu "tidak setanding" dengan bukti bahaya daripada ftalat dan bisfenol, katanya.
Tiga daripada lima pasangan dalam filem itu berjaya menimang cahaya mata.
Namun, ia hampir mustahil untuk mengaitkan sebab dan kesannya disebabkan sampel yang kecil dan hakikat bahawa intervensi itu bukanlah eksperimen terkawal.
Walau demikian, Dr Swan tidak mahu berhenti di situ.
Beliau kini merancang untuk memohon geran bagi menjalankan percubaan rawak yang lebih besar yang dia harap akan memberikan jawapan yang lebih pasti.
Artikel ini pertama kali diterbitkan di The New York Times.

Sumber : New York Times/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.