Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bola tenis boleh bantu legakan sakit belakang dan tapak kaki

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pernahkah anda tiba-tiba rasa sakit tapak kaki ataupun lenguh di bahagian belakang? Tentunya rasa tidak selesa dan meskipun sudah diurut, kesakitannya masih tidak lega.

Jika makan ubat sekalipun, belum tentu berhasil untuk meredakan rasa sakit itu.

Apa kata anda cuba teknik menggunakan bola tenis bagi mengurangkan sakit tapak kaki, seperti dikongsikan Kesihatan Awam Malaysia di laman Facebooknya.

Mula-mula akan terasa semakin sakit, namun lama-kelamaan ia menyenangkan dan melegakan!

Teknik tersebut, tukil majalah Keluarga, disyorkan bagi mereka yang mengalami masalah sakit tumit, sakit di bahagian bawah belakang dan otot- otot betis yang tegang.

Berikut langkah-langkah untuk mencuba teknik itu:

1. Duduk tegak dan kaki di permukaan lantai.

2. Letakkan bola tenis atau bola urut (massage ball) di bawah tapak kaki.

3. Secara perlahan-lahan, golekkan bola tenis ke depan dan ke belakang.

4. Lakukan selama tiga minit.

5. Kemudian, ulang pada kaki yang sebelah pula.

Menurut perkongsian Facebook itu, teknik tersebut boleh membantu meregangkan tisu dan ketegangan otot serta melegakan saraf yang terperangkap selain meningkatkan fleksibiliti individu.
Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan