Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Biskut ‘DIY’ tingkat tumpuan kanak-kanak, manfaat masa terluang

 Aktiviti yang pada mulanya sekadar mengisi masa lapang dengan tiga anaknya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar Mac tahun lepas, akhirnya ideal Cik Aida Husna Ruslan, 36, menghasilkan sendiri biskut 'Do-It-Yourself' (DIY), kini menjadi ikutan ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Biskut ‘DIY’ tingkat tumpuan kanak-kanak, manfaat masa terluang

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 20 Feb 2021 10:40PM Dikemas Kini : 20 Feb 2021 10:43PM

PEKAN: Aktiviti yang pada mulanya sekadar mengisi masa lapang dengan tiga anaknya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar Mac tahun lepas, akhirnya ideal Cik Aida Husna Ruslan, 36, menghasilkan sendiri biskut 'Do-It-Yourself' (DIY), kini menjadi ikutan ramai.

Tanpa diduga, biskut DIY yang merupakan biskut mentega vanila kosong dan dipotong mengikut tema seperti haiwan, watak adiwira, sang puteri atau kenderaan yang boleh dihiasi dengan manik gula itu, mendapat tempahan daripada rakan-rakan dan sanak saudara yang berhasrat melakukan aktiviti serupa di rumah.

Dek sambutan yang mengalakkan sejak Jun tahun lepas, Cik Aida Husna seorang pengurus bahagian undang-undang sebuah syarikat terpaksa bertukar menggunakan ketuhar yang 'lebih lasak' dan setiap set biskut DIY berharga RM25 (S$8) itu terdiri daripada lima keping biskut, tiga aising berwarna dan dua bungkusan manik gula.

"Aktiviti (menghias biskut) ini dapat membantu perkembangan kanak-kanak seperti koordinasi mata dan tangan, mengawal pergerakan jari semasa menekan plastik aising dan meningkatkan tumpuan kerana mereka akan cuba mewarnakan biskut tanpa keluar daripada garisan sedia ada,” katanya kepada Bernama semasa ditemui di rumahnya di Perumahan Syahbandar.

Cik Aida yang mempromosikan biskut DIY melalui laman instagram the bakinglawyer itu berkata aktiviti menghiasi biskut DIY itu juga boleh melekakan anak selama beberapa jam sekali gus dapat mengelakkan dapur daripada bersepah atau makanan membazir kerana setiap bahagian biskut itu boleh dimakan.

Menyedari kebimbangan ibu bapa dalam soal pemakanan anak, Cik Aida yang memiliki anak berusia antara dua hingga tujuh tahun, cenderung memilih menghasilkan aising berwarna pastel supaya tidak terlalu banyak menggunakan pewarna selain mengurangkan kuantiti gula.

Sebagai langkah keselamatan makanan pula, Cik Aida Husna tidak menjual biskut DIY itu secara pos kerana bimbang, aising rosak sebelum tiba di tangan pelanggan, sebaliknya menggunakan khidmat ejen untuk menghantar produk.

Walaupun tidak pernah menerima latihan, Cik Aida Husna tidak berasa terbeban dengan proses pembuatan biskut itu yang kebanyakkan dilakukan pada hujung minggu atau waktu malam selepas anak-anak tidur, kerana menyifatkan aktiviti tersebut sebagai terapi buat dirinya.

"Disebabkan saya juga tidak begitu pandai melukis dan jauh sekali pernah mengikuti kelas seni menyebabkan banyak masa dihabiskan dengan membuat latihan sendiri… semuanya berdasarkan kaedah cuba-cuba sebelum saya berpuas hati," katanya yang turut menempah khas pemotong biskut itu.

Cik Aida Husna juga berharap biskut DIY yang dihasilkannya menjadi aktiviti pengerat hubungan antara ibu dan anak kerana baginya aktiviti di dapur juga boleh dijadikan aktiviti kekeluargaan yang mudah dan menjimatkan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan