BINGKISAN NDP2026: Raikan SG61, hujung minggu penuh warna-warni
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Pexel)
SINGAPURA: Setiap tahun ada sesuatu yang istimewa di kota Singa apabila bulan Ogos tiba. Bandar kosmopolitan yang sentiasa sibuk dengan rentak kehidupan seharian mula dipenuhi semangat sambutan Hari Kebangsaan apabila bendera merah putih berkibar di jalan raya, bangunan, kawasan kejiranan dan kediaman.
Lagu-lagu seperti Home, Count On Me, Singapore dan lain-lain yang berkumandang di corong radio dan TV turut menyemarakkan lagi suasana sambutan. Tahun ini, kemeriahannya juga pastinya lebih istimewa apabila acara perbarisan Hari Kebangsaan 2026 kembali ke Stadium Negara selepas sedekad, detik yang pasti dinanti-nantikan oleh ramai.

Kehadiran semula acara ini pasti akan mengubah wajah kawasan Kallang yang akan dipenuhi orang ramai, sekali gus mewujudkan kemeriahan sambutan yang cukup istimewa. Selain menyaksikan kemeriahan sambutan, Hari Kebangsaan juga mengajak kita melihat Singapura dari sudut yang lebih dekat, melalui sajian yang mengembalikan nostalgia serta tempat-tempat yang menyimpan pelbagai kisah serta pengalaman bersama keluarga dan rakan-rakan.
CITA RASA TEMPATAN
Bagi ramai, makanan bukan sekadar hidangan untuk mengisi perut. Ia juga merupakan sebahagian daripada identiti dan budaya yang menyatukan masyarakat berbilang kaum. Daripada sarapan ringkas di kedai kopi kejiranan, makan tengah hari bersama rakan hinggalah makan malam keluarga, setiap hidangan mempunyai cerita tersendiri.

Contohnya, sebuah kedai kopi mungkin kelihatan biasa-biasa sahaja pada pandangan pertama. Namun, di situlah tersimpan pelbagai kenangan, daripada secawan kopi panas, roti bakar kaya bersama telur separuh masak hinggalah sebungkus nasi lemak yang menjadi pilihan ramai sejak bertahun-tahun dahulu.
Sempena meraikan SG61, apa kata luangkan masa menikmati semula cita rasa tempatan yang menjadi sebahagian daripada perjalanan Singapura. Singgahlah ke pusat makanan atau kedai kopi untuk menikmati hidangan ikonik seperti laksa, mi siam, roti prata, nasi ayam, sate atau pencuci mulut tradisional.
Selain sajian di pusat makanan, beberapa kafe dan restoran juga turut menawarkan menu istimewa sempena Hari Kebangsaan ini. Antaranya, Swensen’s yang memperkenalkan menu khas SG61 dengan sentuhan tempatan seperti Singapore Laksa Pizza dan Jumbo Blue Prawn Hokkien Mee, termasuk set perkongsian yang sesuai dinikmati bersama keluarga.

Apa pun pilihan, pengalaman makan sempena meraikan Hari Kebangsaan bukan sekadar tentang makanan yang dihidangkan, tetapi juga masa yang diluangkan bersama keluarga dan rakan-rakan.
PELANCONG DI NEGARA SENDIRI
Selain menikmati aneka juadah, hujung minggu SG61 juga merupakan peluang terbaik untuk meneroka Singapura daripada sudut yang berbeza. Setiap hari kita mungkin melalui jalan yang sama, namun jarang berhenti seketika untuk mengenali kisah, budaya dan warisan yang ada di sekelilingnya.

Aktiviti sebegini juga sesuai dilakukan bersama keluarga kerana ia memberi peluang kepada ibu bapa memperkenalkan kepada anak-anak sisi Singapura yang mungkin jarang mereka lihat dalam rutin harian. Kadangkala, perkara menarik berada di sekeliling kita tanpa disedari. Bangunan lama, kedai kecil dan sudut kota yang sering dilalui mungkin menyimpan cerita baharu yang menanti untuk diterokai.
Hujung minggu ini, cuba pengalaman menjadi pelancong di negara sendiri dengan mengunjungi kawasan warisan seperti Kampong Gelam, Chinatown atau Little India. Setiap kawasan mempunyai identiti tersendiri, daripada seni bina lama, kedai tradisional, makanan warisan hinggalah kisah sejarah yang membentuk Singapura hari ini.

Di Kampong Gelam misalnya, anda boleh mengunjungi Taman Warisan Melayu yang terletak di bekas Istana Kampong Gelam. Pusat warisan ini memaparkan sejarah, budaya serta sumbangan masyarakat Melayu di Singapura melalui pelbagai pameran dan program menarik.
Selepas itu jalan-jalan melalui deretan kedai-kedai, butik tempatan serta pelbagai kafe yang menawarkan kepelbagaian. Begitu juga di Chinatown yang turut menawarkan pengalaman penuh sejarah dengan kedai-kedai lama dan pilihan makanan yang mencerminkan kepelbagaian budaya Singapura.
Sementara Little India pula memberikan pengalaman yang berbeza dengan kehadiran deretan kedai tradisional, aroma rempah ratus, kuil, mural berwarna-warni dan lain-lain. Berjalan kaki di sekitar jalan-jalannya memberi peluang untuk menikmati kawasan yang sentiasa hidup, selain melihat sendiri bagaimana kepelbagaian budaya terus mewarnai landskap Singapura hingga ke hari ini.

SANTAI BERIADAH
Selain jalan-jalan di kawasan warisan, berkelah juga merupakan antara aktiviti menarik pada hujung minggu ini. Ia tidak memerlukan persiapan yang rumit. Dengan membawa tikar, makanan ringan, minuman dan beberapa permainan ringkas, kawasan hijau atau tepi pantai boleh berubah menjadi ruang untuk berehat sambil menikmati masa bermutu bersama keluarga.
Antara lokasi yang sering menjadi pilihan ialah East Coast Park dan pantai Changi yang menawarkan pemandangan tepi laut yang nyaman. Selain menikmati hidangan bersama, anda juga boleh berbasikal, berjalan kaki atau sekadar berehat santai sambil menikmati bayu laut.

Tidak kira pilihan lokasi, setiap aktiviti ini memberi peluang untuk memperlahankan langkah seketika daripada kesibukan harian. Kadangkala, detik paling bermakna bukanlah sesuatu yang dirancang secara besar-besaran, tetapi masa yang diluangkan bersama mereka yang penting dalam hidup kita.
WARNA-WARNI BUNGA API
Antara kemuncak yang paling dinantikan sempena sambutan Hari Kebangsaan sudah pasti pertunjukan bunga api. Apabila langit malam mula diterangi pancaran cahaya berwarna-warni dan persekitaran di sekeliling turut berubah.
Daripada deretan manusia yang menunggu penuh sabar, sorakan kanak-kanak yang teruja hinggalah kamera telefon bimbit yang mula diangkat untuk merakam detik istimewa itu, semuanya menjadi sebahagian daripada suasana yang dinanti-nantikan.

Bagi ramai, menyaksikan bunga api sudah menjadi tradisi sambutan Hari Kebangsaan yang menghubungkan pelbagai generasi. Ada yang memilih untuk berada berhampiran kawasan stadium atau ruang terbuka yang menawarkan pemandangan lebih luas, manakala ada pula yang mencari sudut lebih tenang untuk menikmati pertunjukan dari jauh.
Apa pun pilihan lokasi, kemeriahan menjelang pertunjukan bunga api sentiasa mempunyai daya tarikan tersendiri apabila orang ramai berkumpul menanti detik langit berubah warna. Tahun ini, kawasan Kallang akan menjadi tumpuan, sekali gus menjadikan persekitarannya lebih meriah dengan kehadiran pengunjung.
Kawasan ini pasti akan menjadi lebih sesak apabila menghampiri waktu pertunjukan bunga api. Selain itu, beberapa laluan mungkin mengalami perubahan bagi memastikan pergerakan orang ramai berjalan lancar. Oleh itu, rancang perjalanan lebih awal, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan pilih lokasi yang sesuai mengikut keselesaan masing-masing.
Bagi yang merancang meluangkan masa di luar untuk menikmati pertunjukan bunga api, sedikit persediaan awal mampu menjadikan pengalaman lebih selesa dan menyeronokkan.

Selain memilih lokasi yang sesuai, jangan lupa membawa beberapa keperluan asas agar dapat menikmati kemeriahan SG61 dengan lebih tenang. Antaranya :
•Botol air
Cuaca Singapura yang panas dan lembap memerlukan kita sentiasa memastikan tubuh kekal hidrat, terutama jika menunggu di kawasan terbuka.
•Payung kecil atau ponco hujan
Langit yang cerah tidak semestinya menjamin cuaca kekal baik. Bersedia dengan perlindungan hujan agar sambutan tidak terganggu.
•Pengecas mudah alih
Daripada merakam detik bunga api hingga berkongsi gambar bersama keluarga dan rakan-rakan, pastikan telefon sentiasa mempunyai bateri mencukupi.
•Tikar lipat kecil
Jika merancang duduk santai sambil menunggu pertunjukan bermula, tikar kecil boleh menjadikan pengalaman lebih selesa.
•Kipas
Berguna untuk memberikan sedikit keselesaan, terutama ketika berada di lokasi yang dipenuhi pengunjung.
•Tisu dan cecair pembasmi kuman
Perkara ringkas seperti tisu, pembersih tangan sering menjadi penyelamat ketika berada di luar rumah.
•Snek ringan
Bawa kudapan mudah dinikmati untuk mengalas perut sementara menanti acara bermula.
•Telefon atau kamera
Pastikan ruang simpanan mencukupi supaya setiap momen indah dapat dirakam tanpa gangguan.
•Kasut yang selesa
Pilih alas kaki yang sesuai kerana anda mungkin perlu berjalan lebih jauh atau berdiri lebih lama untuk mendapatkan lokasi terbaik.
•Kesabaran dan semangat meraikan
Perkara paling penting apabila bersama ribuan pengunjung lain. Nikmati suasana, hargai momen dan raikan SG61 dengan keceriaan dengan hati terbuka.

PERAYAAN DEKAT DENGAN HATI
Apa pun cara meraikan SG61, setiap sambutan membawa makna yang tersendiri. Walau berbeza caranya, matlamatnya tetap sama, iaitu menghargai negara yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.
Sempena SG61, inilah masanya untuk melihat Singapura dari sudut yang mungkin selama ini terlepas pandang. Ia merupakan sebuah negara yang kaya dengan cita rasa, warisan dan pelbagai cerita yang membentuk identitinya.

Pada akhirnya, semangat Hari Kebangsaan tidak hanya terserlah melalui perbarisan, persembahan atau bunga api yang menerangi langit malam. Ia turut terpancar melalui penghargaan terhadap perkara yang sering kita anggap biasa seperti tempat, budaya dan pengalaman yang membentuk kehidupan kita sebagai rakyat Singapura.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan!
Selamat menyambut Hari Kebangsaan!
Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.