BINGKISAN NDP2026: 7 acara mesra keluarga sempena hujung minggu Hari Kebangsaan
Antara acara yang akan dianjurkan sempena hujung minggu Hari Kebangsaan Singapura ke-61. (Gambar: Facebook/Taman Warisan Melayu/Wisma Geylang Serai)
Sekiranya anda tidak berupaya untuk mendapatkan tiket untuk menonton Perbarisan Hari Kebangsaan 2026 (NDP2026) di Stadium Negara, anda tetap berpeluang untuk mempamerkan semangat patriotik anda, sambil menikmati pelbagai hidangan dan menyertai kegiatan menarik bersama seisi keluarga anda.
1. SIANG MALAM DI KAMPONG GELAM
Berlangsung pada 9 Ogos, anda boleh meraikan Hari Kebangsaan Singapura yang ke-61 sepanjang hari di Kampong Gelam bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menyaksikan NDP2026 secara siaran langsung.
Anda juga boleh menyertai aktiviti melukis mural masyarakat, menikmati tayangan filem tempatan serta persembahan daripada pelbagai budaya, bazar mini, ruang permainan mesra keluarga dan banyak lagi sempena Hari Kebangsaan.
Acara yang disediakan termasuk:
- The Kampong Gelam Wave - NDP 2026 Live!
Masa: 5.30 petang hingga 8.30 malam
Percuma
- Make Your Mark: A Community Mural Painting Project
Masa: Mulai 2.00 petang
Percuma (tapi perlu mendaftar)
- Kampong Gelam United - Lights, Camera, Ballgame!
Masa: 9.00 malam hingga 11.30malam
Percuma
- Colours of Harmony by SwaRhythm Singapore
Masa: 4.45 petang hingga 5.15petang
Percuma
- Sultan Gate Park Playdate - Fun for Little Ones
Masa: Sepanjang hari
Percuma
Butiran lanjut boleh didapati di sini.
2. DARI RANTAU KE RUMAH
Orang ramai pasti tahu Lagu Kebangsaan Singapura iaitu Majulah Singapura, tetapi tahukah anda Almarhum Zubir Said turut menghasilkan banyak karya lain yang kini dipamerkan di galeri Taman Warisan Melayu?
Mereka yang berminat juga boleh menyertai komposer Julian Wong dan kurator Dr Hadi Osni dalam sesi khas Bahasa Inggeris, yang mengetengahkan penemuan baharu hasil penyelidikan bagi Galeri Taman Warisan Melayu yang diperbaharui, sambil diiringi persembahan muzik secara langsung.
Tarikh: 8 Ogos 2026
Masa: 10.00 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat: Auditorium Taman Warisan Melayu
Maklumat lanjut boleh didapati di sini.
3. GERAK-GERAK GEYLANG
Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026, orang ramai turut dipelawa hadir dengan pakaian berwarna merah dan putih, bersenam bersama serta kekal aktif dengan semangat patriotik yang membara.
Tarikh: 8, 9 dan 10 Ogos
Masa: 9.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Persada Budaya (8 Ogos); Anjung, Wisma Geylang Serai (9 dan 10 Ogos)
4. ALUNAN KAMPONG GELAM
Konsert itu akan menampilkan susunan semula lagu-lagu klasik Singapura dengan sentuhan muzik kontemporari, sekali gus meraikan warisan muzik pelbagai bahasa negara ini, selain memberi penghormatan kepada ikon muzik Singapura seperti Nona Asiah, Saloma dan Aisha Akbar.
Tarikh: 9 Ogos
Masa: 2.15 petang, 3.15 petang dan 4.15 petang
Tempat: Esplanade Concourse
5. GEYLANG SERAI EXTRAVAGANZA
Acara itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis-artis popular seperti Mimifly, Nadeera, Adira dan Azeva, selain barisan bakat tempatan dan serantau. Kanak-kanak pula boleh menikmati permainan istana belon secara percuma.
Tarikh: 6 hingga 10 Ogos 2026
Tempat: Wisma Geylang Serai
6. TWILIGHT FEST
Para pengunjung juga boleh melanggani reruai pakaian sambil menikmati beraneka hidangan sentuhan para usahawan Singapura di lokasi tersebut, sambil mengajak anak-anak bermain di istana belon dan ruang permainan 'arcade'.
Tarikh: 7, 8 dan 9 Ogos 2026
Masa: 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam
Tempat: D’Marquee & Open Plaza 1, Downtown East,
7. STARLIGHT FEST
Para pengunjung berpeluang bertemu barisan selebriti seperti Nash, Shidi Data serta Dewita Wiwiek, selain menikmati pelbagai aktiviti termasuk pertunjukan fesyen, pertandingan pentas serta aktiviti untuk kanak-kanak. Pesta itu turut menampilkan pelbagai gerai makanan halal tempatan.
Tarikh: 7 hingga 9 Ogos 2026
Masa: 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat: Dewan 5A, Singapore EXPO
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.